Sunday, 14 May 2017

Som Tam Mangga Mentimun





Bahan-bahan:
Mangga muda disagat
Mentimun disagat
Lobak merah disagat
Tomato hiris
Bawang merah besar dihiris

Untuk taburan:
Sedikit kacang tanah, sangai dan tumbuk kasar
Sedikit bijan disangai

Bahan-bahan sos, digaul sebati:
Cili sos thai
Sos Ikan
Kicap cair
Garam
Gula
Jus air limau kasturi


Friday, 12 May 2017

Sour & Spicy Chicken Tomato




Recipe sourced: Sour and Spicy Delights by Chef Koh Sai Ngo
Ingredients:
300-500g chicken drumsticks, i used boneless chicken is better to use with bones
4-5 pcs kaffir lime leaf ~ shred kaffir lime leaves
3 nos.  tomato ~ cut into wedges
4 tbsp lime juice

Spicy paste finely blended
10 pcs shallots
1 pc turmerc (about 1")
2 stalks lemongrass
1 pc ginger (about 1")
8 pcs red chilies
8 pcs bird eyes chilies

Seasoning:
Salt
a pinch of sugar
Adequate water

Method:
Heat 2 tbsp of oil in a wok and saute spice paste until fragrant.
Add in chicken and stir fry until cooked.
Add in tomatoes and kaffir lime leaves, stir fry until well combined.
Add in seasonings and drizzle in the lime juice.
Turn off the heat and transfer to a plate.






Sup Ayam Jagung


















































Bahan-bahan:
Tulang Ayam + Isi sedikit
Ubi Kentang
Jagung 
Bawang merah besar dibelah 8
Cili padi, diketuk
Serai, dititik
Halia, dihiris
Bawang putih, dicincang
Lengkuas, diketuk
Kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Garam secukup
Kiub pati ayam
Air secukupnya
Minyak sedikit untuk menumis

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, halia, bawang putih sehingga harum, masukkan serai, lengkuas dan cili padi, tumis lagi dan kacau sebati.
Masukkan bawang besar, kacau rata dan tumiskan sebentar.
Masukkan air sedikit dan kiub ayam, biar mendidih sebentar.
Masukkan tulang ayam, isi ayam, jagung dan ubi kentang, kacau rata.
Masukkan garam secukupnya dan masak sehingga ayam empuk.
Hidangkan semasa masih panas.


Sunday, 7 May 2017

Gulai Kawah & Nasi Kuning Jintan





























Sumber resipi: Gulai Kawah - Rasa April 2017
Bahan-bahan:
1 kg daging dihiris kecil, cuci bersih dan toskan
500 gm ubi kentang
3 sudu makan kerisik
150gm pes cili kering
150ml air asam jawa
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Rempah menumis: kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih

Bahan-bahan kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
2cm kunyit hidup

Caranya:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan keluar airnya.
Biarkan mereneh hingga daging empuk, tambah air jika perlu.
Apabila daging empuk masukkan ubi kentang dan air asam jawa.
Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, biarkan gulai mereneh lebih kurang 5 minit dan timhul minyak.
Tutup api dan sedia dihidangkan

Ayam Panggang Gula Melaka




















Bahan-bahan:
Peha ayam secukupnya, bersihkan dan sapu dengan garam dan serbuk kunyit
Sedikit minyak

Bahan-bahan perapan, diblend halus:
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai
Cili merah
Cili padi
Sedikit kiub ayam
Gula Melaka, cairkan

Caranya:
Perapkan kesemua  bahan-bahan semalaman.
Panggang atas api sehingga ayam masak.
Lebihan rempah ditumiskan sehingga wangi dan gaul dengan ayam sebelum dihidangkan.

Sup Telur Rebus Berempah




























Bahan-bahan:
Telur rebus
Lobak merah
Ubi Kentang
Cili padi, diketuk
Serai, diketuk
Asam keping / gelugor
Kiub Ayam
Air secukupnya
Garam jika perlu
Minyak untuk menumis rempah

Bahan-bahan tumis:
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah Pelaga

Bahan-bahan dikisar halus:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Buah keras, sangai dulu

Bahan-bahan rempah, digaul sebati:
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk ketumbar
Serbuk lada hitam

Bahan-bahan taburan:
Daun Sup
Daun bawang
Bawang goreng

Caranya:
Panaskan sedikit minyak di kuali, tumiskan bahan-bahan kisar, bahan-bahan rempah dan bahan-bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan lobak merah dan ubi kentang, kacau sebati.
Tuangkan air secukupnya dengan api yang sederhana.
Masukkan asam keping, cili padi dan masak sehingga lembut.
Masukkan kiub ayam dan telur rebus.  Biarkan mendidih sebentar.
Rasa dulu kurang garam tambahkan sebelum dimatikan api.
Hidangkan panas-panas dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Monday, 1 May 2017

Kari Ikan Gaya Goa
























Resipi : Chef Wan, via Mat Gebu / Yatie
Bahan-bahan:
600gm ikan tenggiri atau isi ikan kerachi, dibelah dua
3 biji tomato *
3 biji cili hijau *
3 camca besar serbuk ketumbar *
3 camca besar serbuk jintan puith *
2 camca teh serbuk kunyit * (bertanda dikisar bersama sehingga halus)
2 biji bawang besar, dicincang
3 ulas bawang putih, dicincang
1" halia, dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar / cili boh
500ml santan (guna 200ml santan + 300ml air)
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato, belah 3 setiap satu
Terung (Kim tambah)
Bendi (Bamia) (Kim tambah)
1 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa (Kim tak letak)

Caranya:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum.
Masukkan bahan-bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata.
Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa.  
Kacau perlahan,  Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (Kim tak letak).
Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok bolehlah dimatikan api.
Hidangkan bersama nasi putih, roti, lempeng atau roti prata.