Monday, 4 September 2017

Pie Tee























Sumber resipi: ruzitakitchen.blogspot.com
Bahan-bahan untuk kulit:
180gm tepung beras
50gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 biji telur
1/2 sudu teh air kapur
1 sudu teh garam
350ml air

Caranya:
Campurkan kesemua bahan, kacau guna whisk supaya ia tidak berketul-ketul.
Setelah itu panaskan minyak.
Rendam acuan dalam minyak panas sekejap.
Kemudian celupkan acuan pai tee ke dalam adunan.
Goreng pie tee sehingga warnanya keemasan.
Angat dan buat sehingga habis.
Semasa nak makan barulah dibubuh intinya supaya masih terasa kerangupan.

Inti cara Kim:
Sengkuang * disagat
Lobak merah *
Timum *
Sedikit isi ayam / udang dicincang
Bawang besar didadu
Sedikit minyak menumis
Garam
Gula jika suka

Caranya:
Masukkan sedikit minyak, tumiskan bawang besar sehingga layu.
Masukkan sayuran goreng sehingga sebati, masukkan garam dan gula secukupnya.
Kacau rata dan sejukkan, jangan masak terlalu lama.

Hiasan:
Bijan sangai
Cili merah dipotong halus
Hirisan daun ketumbar

Sos cili:
1 sudu besar sos cili Thai
3 sudu besar pes cili merah (cili masak yang diblend)
Gula 
Garam
Cuka
Sedikit air

Caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan sos dikuali, didihkan.
Rasa dulu sebelum dimatikan api dan sejukkan sebelum diguna.

Kari Hijau Thai Ayam




Sumber resipi: seleraputeri.blogspot.com IzaAkma SSK
Bahan-bahan untuk pes kari hijau:
1 batang serai, dicincang
10 biji cili padi hijau
2 biji cili hijau
2 biji bawang merah
4-5 ulas bawang putih
1" Lengkuas
1/2 cawan daun ketumbar (termasuk akar dicincang kasar)
1/2 cawan daun selasih segar / sweet Thai basil
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu besar sos nampla / sos ikan
1" belacan
2 sudu besar jus limau kasturi daripada 4 biji limau kasturi
1 sudu teh gula perang
3-4 sudu besar santan

Caranya:
Kisar halus semua bahan-bahan diatas.
Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu.  
Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.

Kari Hijau Thai Ayam
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah, diketuk
Pes Kari Hijau Thai (resipi diatas)
2 cawan santan cair
1 cawan pati santan
1 biji limau kasturi, ambil jus
1 sudu besar sos ikan
Gula secukupnya, jika suka
Daun selasih secukupnya, anggaran 1 genggam
1 biji tomato, potong 6
1 biji terung, dipotong kecil
Sedikit terung pipit
Kacang panjang
Minyak untuk menumis

Caranya:
Panaskan sedikit minyak, tumis pes kari hijau sehingga harum.
Masukkan serai dan ayam, kacau sebati.
Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut.
Biar hingga ayam setengah empuk.
Masukkan terung, terung pipit, kacang panjang dan cili padi.  Bila mendidih, tuang pati santan.
Perasakan dengan sos ikan, jus limau dan sedikit gula.
Masak sekejap dengan api sederhana.  Kacau selalu.
Akhir sekali masukkan daun selasih da tomato, kacau rata.
Rasakan, jika ok padamkan api dan angkat.
Hidangkan bersama nasi putih.


Friday, 1 September 2017

Kuih Keria Gula Melaka





Bahan-bahan:
Ubi keledek secukupnya, rebus/kukus sehingga lembut dan lenyekkan
Sedikit tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
Sedikit garam, jika suka

Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:
Rebus ubi keledek sehingga empuk. Angkat toskan air dan lenyek.
Masukkan tepung ubi dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
Gaul sebati dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Bentukkan doh memanjang dan potong bulat.
Buat lubang ditengah kuali.
Sediakan kuali untuk menggoreng terendam.
Goreng sehingga kuningan, angkat dan toskan minyak.  Ketepikan dulu.

Bahan-bahan salutan Gula Melaka:
Sumber resipi : Rasa Ulang Tahun Ke 15
1 cawan gula Melaka dihiris
1/2 cawan air
1 sudu besar air kapur

Caranya:
Didihkan gula melaka bersama  air dan air kapur.  Masak sehingga airnya hampir kering dan melekit.
Tutup api, alihkan dari dapur, masukkan kuih keria.  Gaulkan sehingga gulanya serata. Angkat dan hidangkan.





Pulut Panggang





Bahan-bahan:
1 kg beras pulut, cuci bersih dan toskan air, rendam selama 2 - 3 jam
450ml santan
2 1/2  sudu teh garam

Caranya:
Sediakan pengukus, masukkan air dan daun pandan ke dalam pengukus. 
Apabila air mendidih, masukkan pulut yang telah direndam ke dalam kukusan tanpa santan.
Kukus setengah masak.
Setelah setengah masak, angkat dalam masukkan ke dalam bekas besar, masukkan santan yang telah dibancuh bersama garam, gaul rata.
Masukkan semula ke dalam kukusan, kukus sehingga pulut masak dan padamkan api.

Bahan-bahan inti:
Kelapa
Udang kering, sangai dan tumbuk kasar
Bahan-bahan diblend:
Cili merah
Serai
Kunyit hidup
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Sedikit serbuk lada putih

Minyak menumis sedikit
Garam
Gula

Caranya:
Panaskan minyak dikuali, tumiskan bahan-bahan blend dan udang kering sehingga wangi.
Masukkan kelapa dan kacau sehingga rata, masukkan garam dan gula secukupnya.
Masak sehingga kelapa menjadi kering.
Angkat dan sejukkan belum dibalutkan dengan pulut yang telah dikukus tadi.


Ayam Panggang Ala Kenny Rogers





Resipi: Che Mid FP via norazlitaaziz.blogspot.com
Bahan-bahan:
1 ekor ayam tidak perlu dipotong kecil ~ guna peha ayam

Bahan-bahan untuk perap ayam:
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1" halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam knorr
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar herba campuran kering
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan-bahan salutan.
Sedikit mentega

Caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan perapan dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam atau 3 jam sebaiknya.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis.  Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Sos Lada Hitam 
Resipi: Hana
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan stok ayam @ daging - guna air + kiub ayam
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4 - 5 sudu serbuk lada hitam
2cm batang celery dicincang
1/2 biji bawang besar dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega / margerin
1/2 tin cendawan butang dihiris
2 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air.
Garam dan gula jika perlu

Caranya:
Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga celery, didihkan.
Kemudian tapis, buang bawang dan juga celery, kalau tak nak tapis pun tak apa.
Didihkan semula.  Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/margerin, sos tiram dan juga cendawan butang, garam dan gula jika perlu.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.



Choc Ice Blend





Sumber resipi: norazlitaaziz.blogspot.com
Bahan-bahan:
2 sudu besar Milo ~ guna 2 sudu besar serbuk coklat
1 sudu kecil serbuk koko ~ guna Milo
3 sudu besar susu manis ~ guna 2 sudu besar
5 sudu besar susu cair
1 mug ais (atau lebih sikit kalau suka)
2 scop ice cream perisa coklat

Bahan-bahan hiasan:
Cooking Chocolate / Chocolate syrup Hersheys
Whipping Cream (jenis spray dalam tin)
Choc rice
Ceri jika suka

Caranya:
Guna blender yang bersih lagi elok kalau ada blender untuk blend ais.
Masukkan milo, koko powder, susu manis, susu cair, ais, ice cream coklat dan sedikit air masak (dalam 3 sudu) ke dalam blender.  Air diguna untuk menggerakkan blender.
Selepas di blend bubuh dalam gelas dan hias diatasnya dengan whipping cream dan choc syrup.

Cereal Butter Prawns





















Recipe sourced: kitchentigress.blogspot.com
Ingredients:
Cereal Mix:
3/4 cup Nestum cereal (original flavour)
1/2 tsp salt
11/2 tsp sugar
11/2 tbsp milk powder

Method for cereal:
Thoroughly stir ingredients for cereal mix, set aside

For coating prawns:
300g medium size prawns, trim, devein, wash and dry thoroughly
1 tsp salt
1/2 egg, beaten
11/2 tbsp plain flour ~ i used corn flour
Vegetable oil for deep frying

Method for coating prawns:
Sprinkle prawns with salt, add egg and mix thoroughly.
Sprinkle with flours and mix till coated.
Deep fry in just smoking oil over maximum heat possible till just cooked, put aside.

For tossing:
30g (2 tbsp) unsalted butter
1 bird's eye chili, thinly sliced
6-10 sprigs curry leavesm rinse and dry with paper towels, discard stalks

Method for tossing all ingredients:
Heat butter till bubbling and lightly brown. Add curry leaves and chili.  Fry over medium heat till fragrant.
Reduce heat to low. Add cereal mix.  Stir till lightly golden.  Curry leaves should crisp as excess moisture is absorbed by cereal.
Add prawns and toss till well mixed, turning off heat as cereal turns fully golden brown.
Taste and adjust seasoning if necessary.  Serve hot.