Tuesday, 5 September 2017

Cucur Jagung Lemak Manis




















Sumber resipi : Kak Fida via masammanis
Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bicarbonate soda
6 sudu besar susu lemak manis, lebihkan jika suka
1/2 cawan susu segar / cair
Jagung secukupnya ~ saya tambah
Garam secukup rasa

Caranya:
Ayak bahan-bahan kering ke dalam mangkuk.
Masukkan susu manis dan tuang susu segar / cair sedikit-sedikit sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.
Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalik-balikkan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan.
Angkat cucur, toskan minyak dan hidangkan.




Monday, 4 September 2017

Popia Kentang

























Bahan-bahan:
Kulit popia
Ubi kentang di rebus empuk, lenyekkan
Garam secukupnya
Lada sulah secukupnya
Cili Kisar Thai dalam minyak
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
Ubi kentang yang dah dilenyek, gaulkan dengan bahan-bahan perisa sehingga sebati.
Sedia untuk dibungkus.
Gulung dengan kemas, goreng dalam minyak terendam.
Angkat dan hidangkan dengan sos cili jika suka.

Korean Fried Chicken




















Recipe sourced: rasamalaysia.com
Ingredients:
1 lb chicken wings, drummettes and wingettes
Salt
Ground blackpepper
1/2 cup potato starch
Oil for deep frying
White sesame, for garnishing

Dressing:
2-3 tablespoons Korean Gojuchang red pepper paste
1 tablespoon apple cider vinegar
1 tablespoon hot water
2 tablespoons honey
1 tablespoon soy sauce

Method:
Season the chicken with some salt and blackpepper, then coat well with the potato starch. Set aside.
Combine all the ingredients for Dressing together, stir to mix well.
Heat up a Dutch oven, deep skillet or pan with 3" of oil. Heat the oil to 375F.
Coat the wings again and shake off the excess potato starch. 
Drop the wings gently into the oil and deep-fry until light brown or when they are cooked and become crispy.
Remove the wings from the oil and drained on paper towels.
Combine the Dressing and the wings, toss to coat well.
Garnish with the sesame and serve immediately.

















Sotong Bakar Madu Sos Cili Thai





















Sumber resipi: resipicitarasawan.blogspot.com
Bahan-bahan:
4 ekor sotong isi putih saiz besar
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar madu
1/4 sudu teh garam

Caranya:
Cuci bersih sotong, lumur dengan semua bahan sehingga rata.
Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

Cara memasak:
Keluarkan sotong dari peti sejuk, keringkan air di atas tisu dapur.
Kemudian cucuk sotong dengan lidi satay hingga ke kepalanya.
Kelar-kelarkan badan sotong dan rengiskan dengan sedikit minyak.
Panggang di atas bara api atau di dalam oven hingga masak.

Sos Seafood Thai:
Bahan-bahan:
6 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau
1 tangkai daun ketumbar
5 ulas bawang putih - bakar sebentar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar jus limau nipis

Caranya:
Kisar cili, bawang putih dan daun ketumbar.
Masukkan garam, sos ikan, sos tiram, jus limau nipis dan gula.
Kisar sebentar jangan terlalu halus.
Sos seafood sesuai untuk semua jenis makanan laut, udang, ketam, sotong, ikan dan lain-lain.


Pie Tee























Sumber resipi: ruzitakitchen.blogspot.com
Bahan-bahan untuk kulit:
180gm tepung beras
50gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 biji telur
1/2 sudu teh air kapur
1 sudu teh garam
350ml air

Caranya:
Campurkan kesemua bahan, kacau guna whisk supaya ia tidak berketul-ketul.
Setelah itu panaskan minyak.
Rendam acuan dalam minyak panas sekejap.
Kemudian celupkan acuan pai tee ke dalam adunan.
Goreng pie tee sehingga warnanya keemasan.
Angat dan buat sehingga habis.
Semasa nak makan barulah dibubuh intinya supaya masih terasa kerangupan.

Inti cara Kim:
Sengkuang * disagat
Lobak merah *
Timum *
Sedikit isi ayam / udang dicincang
Bawang besar didadu
Sedikit minyak menumis
Garam
Gula jika suka

Caranya:
Masukkan sedikit minyak, tumiskan bawang besar sehingga layu.
Masukkan sayuran goreng sehingga sebati, masukkan garam dan gula secukupnya.
Kacau rata dan sejukkan, jangan masak terlalu lama.

Hiasan:
Bijan sangai
Cili merah dipotong halus
Hirisan daun ketumbar

Sos cili:
1 sudu besar sos cili Thai
3 sudu besar pes cili merah (cili masak yang diblend)
Gula 
Garam
Cuka
Sedikit air

Caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan sos dikuali, didihkan.
Rasa dulu sebelum dimatikan api dan sejukkan sebelum diguna.

Kari Hijau Thai Ayam




Sumber resipi: seleraputeri.blogspot.com IzaAkma SSK
Bahan-bahan untuk pes kari hijau:
1 batang serai, dicincang
10 biji cili padi hijau
2 biji cili hijau
2 biji bawang merah
4-5 ulas bawang putih
1" Lengkuas
1/2 cawan daun ketumbar (termasuk akar dicincang kasar)
1/2 cawan daun selasih segar / sweet Thai basil
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu besar sos nampla / sos ikan
1" belacan
2 sudu besar jus limau kasturi daripada 4 biji limau kasturi
1 sudu teh gula perang
3-4 sudu besar santan

Caranya:
Kisar halus semua bahan-bahan diatas.
Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu.  
Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.

Kari Hijau Thai Ayam
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah, diketuk
Pes Kari Hijau Thai (resipi diatas)
2 cawan santan cair
1 cawan pati santan
1 biji limau kasturi, ambil jus
1 sudu besar sos ikan
Gula secukupnya, jika suka
Daun selasih secukupnya, anggaran 1 genggam
1 biji tomato, potong 6
1 biji terung, dipotong kecil
Sedikit terung pipit
Kacang panjang
Minyak untuk menumis

Caranya:
Panaskan sedikit minyak, tumis pes kari hijau sehingga harum.
Masukkan serai dan ayam, kacau sebati.
Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut.
Biar hingga ayam setengah empuk.
Masukkan terung, terung pipit, kacang panjang dan cili padi.  Bila mendidih, tuang pati santan.
Perasakan dengan sos ikan, jus limau dan sedikit gula.
Masak sekejap dengan api sederhana.  Kacau selalu.
Akhir sekali masukkan daun selasih da tomato, kacau rata.
Rasakan, jika ok padamkan api dan angkat.
Hidangkan bersama nasi putih.


Friday, 1 September 2017

Kuih Keria Gula Melaka





Bahan-bahan:
Ubi keledek secukupnya, rebus/kukus sehingga lembut dan lenyekkan
Sedikit tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
Sedikit garam, jika suka

Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:
Rebus ubi keledek sehingga empuk. Angkat toskan air dan lenyek.
Masukkan tepung ubi dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
Gaul sebati dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Bentukkan doh memanjang dan potong bulat.
Buat lubang ditengah kuali.
Sediakan kuali untuk menggoreng terendam.
Goreng sehingga kuningan, angkat dan toskan minyak.  Ketepikan dulu.

Bahan-bahan salutan Gula Melaka:
Sumber resipi : Rasa Ulang Tahun Ke 15
1 cawan gula Melaka dihiris
1/2 cawan air
1 sudu besar air kapur

Caranya:
Didihkan gula melaka bersama  air dan air kapur.  Masak sehingga airnya hampir kering dan melekit.
Tutup api, alihkan dari dapur, masukkan kuih keria.  Gaulkan sehingga gulanya serata. Angkat dan hidangkan.