Sunday, 16 February 2020

Nasi Kurma




Sumber resipi:rasa.my
Bahan-bahan:-
3 cawan beras basmathi, rendam 30 minit
3 sdb serbuk kurma
2 kiub pati ayam
1 sdb mentega
3 sdb minyak masak
1 cawan susu ciar
3 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun pudina
1 bijit tomato potong dadu

Rempah penumis:-
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan hirisan:-
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
3cm halia muda dihiris memanjang

Caranya:-
Panaskan periuk, tumiskan bahan hirisan, daun pandan dan rempah penumis.
Setelah wangi, masukkan beras yang ditos, gaul rata, tambah air dan susu cair.
Perasakan dengan pati ayam dan garam secukup rasa.
Pindahkan ke periuk elektrik dan masak seperti biasa.
Setelah separuh masak, masukkan hirisan tomato, daun ketumbar dan daun pudina.
Tutup semula periuk nasi.
Setelah 5 minit tutup api dan nasi sedia dihidangkan.

Kobis Cah Cili Benggala




Bahan-bahan:-
Kobis dihiris
Cili Benggala merah dihiris
Cili Benggala hijau dihiris
Cili Benggala kuning dihiris
Sedikit ikan bilis
1 ulas bawang putih dicincang
Maggi seasonings
Garam
Air sedikit

Caranya:-
Masukkan sedikit minyak.
Tumiskan ikan bilis dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan kobis dan kesemua cili benggala, kacau sebati.
Masukkan maggi seasonings dan garam secukup rasa.
Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sayuran masak.

Sotong Dan Aloo Varuval





Sumber resepi:Kalaivani Krishnasamy via rasa.my ~ asal resepi ayam varuval.
Petua rasa.my cara mengelak sotong tidak mengecut ketika dimasak
Bahan-bahan:-
1 kg sotong
1 cawan air
2 sdb cuka

Caranya:
Bersihkan sotong dan masukkan kedalam bekas.
Tuang air dan cuka, Biarkan selama 5 minit.
Kemudian toskan airnya.
Sedia dimasak mengikut resepi anda.  Hasilnya sotong yang dimasak akan menjadi lembut dan tidak kecut.

Bahan-bahan perap sotong varuval:-
Sotong dipotong kecil (asal 1 kg ayam)
Ubi kentang (Aloo) dipotong panjang (asal resipi tiada)
1" halia ditumbuk
6 ~ 7 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 sdb serbuk kunyit
2 sdb serbuk kari
Garam secukup rasa

Bahan-bahan varuval:
4 sdb jintan manis
15 ulas bawang putih dihiris
2 tangkai daun kari
5 ~ 6 cili kering, bersihkan
3 biji bawang besar dihiris, letak lebih lagi sedap
1 cm halia ditumbuk dan jadikan pes bawang putih & halia
3 ~ 4 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji tomato dipotong
1 sdb cili kisar / serbuk cili dibancuh dengan sedikit air
Garam
Gula

Caranya:-
Perap sotong dan aloo bersama semua bahan-bahan perap, gaul rata dan biarkan 1 jam.
Panaskan minyak dan goreng aloo dulu baru digoreng sotong sehingga masak.
Angkat dan ketepikan.

Cara menyediakan varuval:-
Panaskan minyak dan goreng jintan manis hingga wangi.  Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis pes halia bawang putih, tomato dan bawang besar.
Masak sehingga bawang berubah warna.
Masukkan cili kisar/serbuk cili, masak guna minyak sahaja tak perlu dimasukkan air.
Air dari bawang dah mencukupi sebab itu kena letak lebih.
Masukkan garam dan gula.
Masak sehingga garing dan pecah minyak.  Kemudian dimasukkan bahan-bahan varuval yang digoreng tadi, gaul sebati.
Masukkan sotong dan aloo, gaul sebati.
Rasa dulu.  Sedia dihidangkan.
Taburkan daun pudina atau daun ketumbar sebeleum dihidangkan.

Sambal Geprek




















Resepi by:@kualihelena
Bahan-bahan:-
6 biji cili merah besar
13 biji cili padi merah, pedas ikut level masing-masing
2 ulas bawang putih
Gula (saya tak letak)
Garam
Seasonings/maggi cukup rasa
1 biji jus limau kasturi
Sedikit minyak panas dalam 4 sdm, guna 2 sdm

Caranya:-
Goreng cili, bawang merah/bawang besar dan bawang putih tanpa minyak sehingga layu.
Tumbuk, jangan dikisar.
Masukkan gula, garam dan seasonings, gaul rata.
Tuangkan minyak panas dan perahkan jus limau kasturi.
Hidangkan dengan ayam goreng, nak dapat sensasi geprek / tumbuk atas ayam.

Ayam Goreng Padang








Resepi oleh:@kualihelena
Bahan-bahan:-
4~5 ketul chicken thigh (guna kepak)
1 biji telur (dipukul)
Lada putih
Garam

Bahan-bahan kisar:-
6 ulas bawang merah / 1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sdm ketumbar biji (saya sangai)
1" kunyit
1" lengkuas
1" halia

Caranya:-
Masukkan bahan-bahan kisar kedalam kuali/periuk.
Masukkan ayam, tuangkan air paras ayam (saya kurangkan air sedikit sebab ayam akan mengeluarkan air).
Ungkep/rebus hingga ayam empuk.
Apabila kuah mendidih masukkan telur dan kacaukan.
Masak sehingga kuah kering.
Angkat dan ketepikan ayam dan rempah berasingan.
Panaskan minyak.
Goreng ayam dengan api yang kuat sehinga kecoklatan.
Tutup kuali, supaya minyak tak merecik merata.
Goreng belen kuah hingga rangup untuk rempah ayam.
Saya hidangkan bersama sambal geprek.

Friday, 14 February 2020

Nasi ayam





Inspirasi: Chef Agnes Chang
Bahan-bahan:-
1 keping ayam berkulit, lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit, perapkan sebentar

Air rebusan ayam untuk ayam dan nasi:-
Sedikit Knorr Chicken Stock
Garam
2 seketul gula batu saiz kecil
Daun bawang bahagian putih
Bawang putih diketuk
Halia dihiris / diketuk

Caranya:-
Masukkan kesemua bahan air rebusan dalam periuk yang besar.
Setelah mendidih masukkaan dan angkat ayam dan masukkan semula ayam kedalam air rebusan. 
Lakukan sebanyak 3 kali.  Kalau menggunakan seekor ayam ikat dengan tali supaya mudah untuk diangkat dan ditenggelamkan semula kedalam air rebusan.
Kemudian baru dimasukkan kedalam air rebusan tanpa diangkat, gunakan api yang kecil.
Masak sehingga ayam empuk, angkat dan toskan air.
Lumurkan ayam dengan sedikit minyak bijan, sejukkan dulu baru dipotong ayam.
Supaya ayam ditidak berderai bila dipotong.

Sos cili, diblend halus, sebatikan:-
2 biji cili padi
1 biji cili merah masak buang biji
2 ~ 3 ulas bawang putih
1/2" halia
Setitik minyak bijan
Air rebusan ayam sedikit, kalau boleh dengan minyak ayam dipermukaan air rebusan
1/2 limau nipis, ambil jus
Garam
Gula

Lempeng Daun Sup







Resepi:@kualihelena
Bahan-bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air
1 biji telur
Garam
Maggi cukup rasa
Daun sup dihiris halus

Caranya:-
Satukan kesemua bahan-bahan kecuali daun sup.
Tapiskan adunan dan masukkan daun sup.
Sapukan sedikit minyak pada kuali non stick.
Tuangkan satu senduk sayur adunan dan masak sehingga kedua belah lempeng berubah warna.
Gulung ketika lempeng agak suam.
Siap dihidangkan.

Nota @kualihelena:-
Selain daun sup boleh ditukar kepada daun bawang, carrot, daun ketumbar atau pun daun kuchai.
Nak pedas boleh ditambah hirisan cili padi atau cili flakes.
Boleh digandakan sukatan untuk keluarga ramai.