Sunday, 31 May 2020

Popia Sayur






Resepi by:@kualihelena
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan:
Kulit popia secukupnya

Bahan inti:
3 ulas bawang putih cincang
1/2 biji sengkuang
1 lobak merah saiz sederhana
1 sdb membukit udang geragau boleh skip kalau tiada
Lada putih
Garam dan secukup rasa

Caranya:
Sagat sengkuang dan lobak merah, perah sikit airnya.
Tumis bawang putih dengan udang geragau dengan sedikit minyak.
Dah harum, masukkan sayuran, perisa, garam dan lada putih.
Masak sekejap cukup hingga layu.
Sejukkan dulu inti.
Ambil sekeping kulit popia, isikan inti pada kulit popia.
Gulungkan, lipat kedua belah kulit, sapukan dengan gam tepung.
Gulung  dengan kemas, buat hingga habis.
Kemudian goreng garing dengan api sederhana.
Siap dicicah dengan sos cili Thai atau sos bawang putih.

Saturday, 30 May 2020

Tauhu Kukus Berinti Ayam












Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan:
1 bungkus salted beancurds

Bahan inti, gaul sebati:
1 keping kecil isi ayam dicincang
Sedikit bawang putih bahagian hujung dicincang
Lada sulah
Garam
Perisa maggi
Sedikit minyak bijan + minyak bawang putih

Bahan sos:
1 sdb minyak bawang putih
Lada hitam
Kicap cair
Seasonings sos

Cara buat tauhu sumbat:
Potong tauhu ikut suka, korek sedikit isi tauhu.
Baki tauhu yang dikorek boleh diguna untuk masakan lain.
Sumbat kan sedikit inti ayam pada tauhu dan simpan dipetisejuk selama 30 minit.
Lakukan sehingga habis.

Cara memasak sos:
Masukkan minyak bawang putih  dikuali, diikuti dengan kicap cair secukupnya dan lada hitam. 
Nyalakan api dapur, kacau sehingga mendidih, pada kan api. 

Cara mengukus tauhu:
Masukkan sos dipinggan, susun tauhu atas sos. 
Kukus sehingga masak dan hidangkan semasa masih panas. 












Telur Mata Sos Kicap Tomato































Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan:
Telur
Minyak menggoreng dan menumis

Bahan sos:
1 biji tomato saiz kecil, potong dadu
2 biji cili padi hijau hiris
1 biji jus limau kasturi
Kicap cair
Kicap manis

Caranya:
Goreng telur mata, bubuh atas pinggan dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan tomato hingga layu.
Masukkan cili padi, kacau sebati.
Setelah cili masak dan air tomato sedikit kering, masukkan kicap cair, kicap pekat dan jus limau kasturi.
Masak sehingga Kuah sos mendidih.
Bubuh atas telur dan hidangkan.









Rempeyek Udang











Resepi by:@kualihelena
Recooked by:@kim_kimberly1509
Tak makan udang saya gantikan dengan ikan bilis.
Bahan-bahan:
150g tepung beras
50g tepung ubikayu
1 kotak/200ml santan
1/2 sdt serbuk kunyit
1/2 sdt serbuk ketumbar
5 helai daun limau purut gunting halus
Garam ~ guna 1/2 sdt garam laut halys
Maggi cukup rasa

Bahan halus:
3 bawang putih
2 biji buah keras

Caranya:
Satukan kesemua bahan diatas kecuali udang dan daun limau purut.
Tuangkan santan secukupnya hingga mendapat adunan yang tak terlampau pekat atau pun terlampau cair.
Gaul sebati, masukkan limau purut. Panaskan minyak, cedok sedikit adunan dan letak sedikit udang ikan bilis)
Kemudian tuang di tep-tepi kuali.
Goreng hingga keperangan.
Angkat dan siap dihidangkan.







Chicken Wings In BBQ Sauce



Recipe sourced: en.christinesrecipes
Recooked by:@kim_kimberly1509
Ingredients:
770g chicken wings
1/4 tsp salt
Freshly ground blackpeppers, to taste
1/4 tsp garlic powder ~ use fresh 
1/2 cup BBQ sauce
White sesame seeds, roasted (optional) 

Method:
Rinse chicken wings and wipe dry. 
Season with salt, pepper and garlic powder. 
Set aside for 15 minutes. 
Heat a little of oil in a fry pan over medium high speed.
You don't need to add to many oil as the chicken wings will release its oil. 
Cook until both sides are lightly  brown. 
Use kitchen towel to absorb the excess oil. 
Pour in the BBQ sauce, stir to combine. 
Cover and cook until chicken wings are done to your liking. 
Sprinkle sesame seeds for garnish. 
Serve immediately. 









Friday, 29 May 2020

Mee Sanggul Goreng Ala Mamak












Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan:
Mee sanggul rebus 5 minit, tapis air dan rendam air sejuk
Tauhu potong dan gorebg
Lobak merah hiris
Fish cake hiris
Daun bawang potonh
Daun ketumbar potong
Minyak menumis

Bahan blend:
4 bawang merah
3 bawang putih
Bahagian hujung putih daun bawang
Dah blend, lepas iti campurkan 1 sdt pes cili

Bahan sos:
Kicap manis
Kicap pekat/karamel sos
Sos tiram
Peanut butter
Sos cili
Sos tomato

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan bahan blend sehingga wangi.
Masukkan lobak merah, tauhu dan fish cake.
Masukkan bahan sos, kacau rata.
Masukkan mee dan gaul sehingga sebati.
Sebelum dimatikan api, masukkan daun bawang dan daun ketumbar.
Hidangkan dengan perahan limau nipis.





Rendang Ayam Padang











Resepi by:@kualihelena ~ resepi Asal Rendang Daging Ala Restoran Padang, thanks sis, sedap dan penggunaan Bahan yang tidak banyak😋
Recooked by:@kim_kimberly1509
Saya tak makan daging, tukar ke ayam dan nak dapatkan warna yang gelap saya masukkan kicap karamel. Tapi tetap ada rasa ala rendang Padang
Bahan:
1 kg daging
3 kotak santan
2 helai daun kunyit simpulkan
4 helai daun limau purut
3 helai daun salam
3 batang serai ketuk
2 bunga lawang

Bahan kisar halus:
15 cili besar
20 cili padi
15 bawang merah
10 bawang putih
2" kunyit 
2" lengkuas
2" halia/jahe
1 sdt biji ketumbar sangai

Caranya:
Tumis bahan kisar hingga airnya kering. 
Masukkan serai, bunga lawang, daun limau, daun salam dan daun kunyit. 
Masukkan air agak-agak dalam 1 liter dan masukkan santan. 
Masak sehingga mendidih baru dimasukkan daging. 
Masak dengan api kecil sambil terus dikacau secara perlahan. 
Selepas 3 jam, apabila air dah menyusut, masukkan garam, gula dan perisa. 
Masak lagi hingga kuah kering. 
Siap dihidangkan.