Sunday, 25 October 2015

Ayam Chak Bek

 
Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan:
2 keping Ayam dicuci bersih dan toskan
Halia dihiris halus
1/4 sudu teh serbuk ketumbar
Garam jika perlu
Air secukupnya

Bahan- bahan ditumbuk halus berasingan:
2 1/2 sudu besar Tauchu

5 ulas Bawang putih

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, masukkan halia dan tumis sehingga garing dan wangi.
Masukkan tauchu tumis sehingga tauchu wangi dan masukkan bawang putih dikacau rata dan tumiskan sehingga wangi.
Masukkan air sedikit dan renihkan sebentar, masukkan ayam.
Tambahkan air lagi dan masak sehingga ayam masak lebih kurang 3/4.
Masukkan serbuk ketumbar dan garam jika perlu dan masak sehingga ayam menjadi kering.
Angkat dan dihidang bersama nasi putih.


Thursday, 15 October 2015

Churros

 

Sumber resipi:nooriahnaim.blogspot.com

Bahan-bahan:
1 cawan air
100gm mentega
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Secukupnya gula kastor
Sedikit serbuk kayu manis

Untuk yang suka coklat bolehlah masak coklat bersama dengan susu segar sampai cair dan boleh dicicah dengan churros

Caranya:
Masukkan air di dalam periuk dan masukkan mentega, biarkan sehingga mendidih dan mentega menjadi cair.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata supaya ianya tidak berketul dan bila tepung sudah tidak melekat di kuali bolehlah ditutup api dan biarkan sejuk.
Bila dan betul-betul sejuk baru masukkan telur *jangan masukkan telur ketika adunan masih panas nanti telur akan masak dan churros ini tidak mengembang apabila digoreng.
Panaskan minyak, kemudian masukkan adunan dalam beg piping yang bernozel bintang atau masukkan kedalam plastik biasa dan digunting di hujung.
Paipkan kedalam minyak panas dan gorenglah sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan. 
Salutan terpulang kepada anda samada nak bergula ataupun dicicah dengan sos coklat.





Monday, 12 October 2015

Nasi Ayam Penyet

 














Sumber: Amie's Kitchen@salamisimon1.blogspot.my

Bahan- bahan Untuk Ayam Penyet:
3 keping daging ayam bahagian peha
4 cawan air kelapa (tak ada guna air saja)
Garam
Gula
Perasa jika suka

Bahan-bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang mearh
1 sudu teh jintan putih biji * bahan bertanda * disangai
1 sudu teh jintan manis biji *
1 sudu besar ketumbar biji
1 batang serai
2cm lengkuas
2cm halia
2cm kunyit hidup

Caranya:
Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk.
Didihkan dengan api sederhana sehingga ayam separuh masak.
Toskan daging ayam.
Tekan / penyetkan daging ayam, gunakan permukaan parang belitung sehingga tulang ayam kedengaran patah.
Panggang daging ayam sehingga masak.

Bahan-bahan untuk Sambal Ulek:
1 genggam cili padi, kalau takut pedas gunakanlah dalam kuantiti yang sedikit
3cm belacan (tak letak sebab alergi)
7 biji bawang merah dihiris kasar
2 biji tomato belah 8
1 sudu teh biji ketumbar disangai (Kim tambah)
Minyak
Garam
Gula 
Perasa pilihan jika suka

Caranya:
Goreng kesemua bahan diatas kecuali biji ketumbar, garam, gula dan perasa.
Untuk hasil yang lebih memuaskan gunakan lesung "ulek", tapi kalau tak ada memadailah menggunakan lesung batu. Akhir sekali masukkan biji ketumbar, tumbuk sedikit, garam dan gula.

Bahan-Bahan untuk Tauhu and Tempe Bacem:
Tempe dipotong 7
Tauhu 4 keping dibelah
Air kelapa, agak-agak atas paras tauhu dan tempe
Minyak

Bahan-bahan kisar:
1 sudu makan ketumbar biji - disangai
Gula merah atau gula batu sebesar 2 ibu jari
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Garam
Gula
Perasa pilihan

Caranya:
Bahagikan bahan kisar kepada 2 dan masukkan dalam periuk.
Tambahkan air kelapa secukupnya ke dalam periuk.
Masukkan tempe dan tauhu ke dalam periuk masing-masing.
Masak sehingga kuah mengering.
Panaskan minyak dan goreng bahan tadi sehingga masak.

Sunday, 11 October 2015

Cucur Udang dan Jagung




















Sumber resipi: AFC ~ Martin Yan Taste of Vietnam
Bahan-bahan:
Anak Udang, buang kulit, dibersihkan dan toskan 
Biji Jagung dalam tin
Bawang besar ~ dicincang/dihiris
Bawang putih ~ dicincang/dihiris
Daun bawang ~ dipotong kecil
Halia ~ dicincang/dihiris
Serbuk kunyit
Sedikit serbuk cili
Garam secukup rasa
Lada sulah
Tepung sedikit
1 biji telur ~ dipukul ringan
Air sedikit
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
Masukkan udang dibekas kaca, gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.
Masukkan biji jagung, bahan-bahan cincanga/hirisan, masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan kacau rata.
Masukkan sedikit tepung hanya untuk sebatikan saja dan sedikit air dan garam secukupnya, kacau rata.
Masukkan telur yang telah dipukul sedikit dan gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
Panaskan minyak di kuali dan panaskan acuan (gunakan senduk sup). Tujuan memanaskan acuan supaya tidak melekat dan mudah dikeluarkan.
Setelah acuan panas, ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan, ambil sedikit tepung dan tabur di permukaan adunan.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan.
Sedap dicicah dengan sos cili atau pun sos ikan.





Sunday, 27 September 2015

Roti Puri






Sumber resipi: Mat Gebu @ Adnan Ibrahim
Roti Puri
Bahan-bahan:
1 cawan tepung atta
1 cawan tepung gandum
1 cawan air suam*
1/4 camca teh rata garam* (*disatukan dan kacau rata)
Minyak untuk menggoreng terendam

Caranya:
Satukan tepung atta dan tepung gandum dalam mangkuk.  Gaul hingga rata dan buat lubang di bahagian tengah tepung.
Masukkan air suam bergaram sedikit demi sedikit sambil digaul dengan tepung, tambah lagi air dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat di mangkuk adunan (Che Mat guna 1 cawan air suam, tu tak habis).
Bulatkan doh, tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembabkan, rehatkan 1 jam.
Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan.  Panaskan minyak dalam kuali.
Tabur tepung pada papan pencanai.  Ambil sebiji doh, leperkan sedikit dan canai dengan torak sehingga nipis.
Kemudian masukkan ke dalam kuali.  Siramkan dengan minyak panas.
Bila roti puri mula mengelembung, balikkan dan masak beberapa saat.
Bila keemasan, terus angkat dan toskan.
Buat kaedah sama dengan baki doh hingga siap.
Hidangkan bersama kuah dhal.

Kuah Dhal
Bahan-bahan:
1/2 cawan kacang dhal, cuci dan rendam 2 jam
3 tangkat cili kering, kerat pendek, cuci bersih, toskan dan lap kering dengan tisu dapur
1 tangkai daun kari
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh biji sawi
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 biji kentang, kupas dan potong dadu
2 tangkai kacang panjang, kerat pendek
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 kiub pati ikan bilis (optional)

Caranya:
Rebus kacang dhal dan kentang sehingga empuk, tambah air jika perlu.
Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar halus dengan sedikit minyak hingga harum.
Masukkan ke dalam periuk berisi kacang dhal dan kentang tadi.
Kacau rata dan masukkan kacang panjang, masak hingga mendidih.
Panaskan 3 camca besar minyak, goreng cili kering hingga wangi, angkat dan masukkan ke dalam periuk dhal.
Kemudian goreng pula biji sawi, jintan halus dan daun kari hingga wangi.
Tuang kesemuanya ke dalam periuk dhal, kacau dan tambah serbuk kunyit.
Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
Jika pekat tambah sedikit air.  Kacau rata dan masak sekejap lagi.
Rasa dan jika ok boleh dimatikan api.
Hidangkan bersama roti puri.  Kim cicah bersama kentang masala, malas nak masak kuah dhal tapi lagi kali nak cuba dengan kuah dhal pulak.  Roti puri sedap di makan semasa hangat.

Cucur Badak


Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan:
Ubi Keledek, di rebus sehingga empuk dan lenyekkan
Tepung gandum / tepung kek (jangan terlalu banyak)
1 sudu besar tepung ubi
Sedikit garam

Caranya:
Ubi keledek setelah empuk, toskan air dan lenyekkan.
Masukkan tepung ubi dan garam, gaul rata.
Masukkan secukup tepung gandum ke dalam adunan sehingga menjadi doh dan tak melekat di tepi mangkuk. Ketepikan.

Setelah inti masak dan sejuk, ambil sejemput adunan dan leperkan di tapak tangan, masukkan inti dan tutup dengan kemas.
Letak di pinggan yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak.

Inti untuk cucur:
Kelapa putih
Serbuk kunyit
Serai *, bahan-bahan * dihiris dan tumbuk
Bawang merah *
Bawang putih *
Sedikit cili merah *
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam secukup
Gula perang sedikit (optional)

Caranya:
Masukkan minyak sedikit dan tumiskan bahan-bahan rempah yang telah ditumbuk sehingga layu dan masukkan serbuk kunyit. Kacau sebati.
Masukkan kelapa, kacau rata.  Masukkan garam dan gula secukupnya dan sedikit air.
Masak sehingga inti menjadi kering.  Angkat dan sejukkan.





Kuih Keria
























Recipe sourced: Mamafami.blogspot
Kuih
Ingredients:
250g sweet potatoes
1 tablespoon tapioca flour
70g flour ( I used cake flour )
1/2 teaspoon salt

Method:
Clean the sweet potatoes and cut into big chucks.  Place in a pot with enough water.  Boil till soft.  Mash the sweet potatoes.
Add tapioca flour, flour and salt into the mashed potatoes.  Stir to mix till you get a soft texture.
Take some dough, make into a ball, flatten it and make a hole in the middle (the end product should look like a donut).
Arrange the shaped dough onto the air fryer basket and air fry for 20 minutes on 160C.
Flip over the sweet potatoes ring after 10 minutes.
Once done, set aside and prepare the coating syrup.

Coating Syrup
Ingredients:
70g granulated sugar
3 tablespoon water

Method:
In a heavy skillet, add sugar and water.  Bring to boil.
Once bubbly, add in the air fried sweet potatoes rings,  Stir to mix.
When the rings are coated thoroughly, remove from heat but do not stop stirring.
The kuih is ready once the sugar is dried up.