Friday, 28 February 2020

Ikan Siakap Goreng Butter






Resipi:@kualihelena, thanks sis yum....yum...
Bahan-bahan:-
1 ekor siakap
Tepung tempura
100gm butter/margerine (guna kurang sikit)
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih dicincang
2 biji cili hijau dihiris, guna cili merah
Sedikit lada putih

Caranya:-
Lumurkan ikan siakap dengan sedikit garam dan air limau.
Biarkan selama 20 minit.
Potong bahagian isi kedua belah ikan.
Ketepikan bahagian fillet.
Salutkan badan siakap dengan tepung tempura.
Goreng sehingga keperangan dan garing.
Letak atas pinggan.
Potong kecil fillet tadi, salutkan dengan tepung tempura, kemudian goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan butter/margerine, masukkan bawang putih, daun kari dan cili hijau.
Kacau sehingga bawang garing dan naik aroma.
Masukkan lada putih dan fillet ikan.
Kacau rata dan tuang atas badan ikan.

Popia Otak-Otak




Sumber resipi: Puan Eka Zahra via Nazurah Hassan, siraplimau.com
Bahan-bahan:-
1 tin Tuna in Water (buang airnya dan tumbuk hancur)
1 sdb santan pekat
1 biji telur dipukul sedikit
2 sdb tepung ubi kayu
Garam secukup rasa
Serbuk perisa
Minyak menumis
Kulit popia

Bahan-bahan kisar:-
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras (optional)
1/2" halia
1 batang serai bahagian putih saja
2 sdb cili kisar, ikut tahap kepedasan

Caranya:-
Mula-mula kisar bahan-bahan kisar diatas.
Kemudian tumis bahan kisar tersebut sehingga garing.
Bila dah masak, tutup api dan biarkan sejuk.
Seterusnya campurkan tuna, bahan-bahan yang dah ditumis, santan, tepung ubi kayu, telur, garam, gula dan perisa.
Gaul sebati.
Ambil sekeping kulit popia, sudukan inti dan lipat.
Oles bahagian hujung dengan bancuhan tepung dan air sebagai pelekat.
Goreng popia sehingga garing dan berwarna keemasan.
Angkat dan toskan minyak.
(Nota: kalau ada lebih dan belum digoreng, boleh simpan stok frozen.  Bila nak makan, boleh keluarkan dan terus digoreng).

Ikan Siakap Kengsom





Resepi:@kualihelena
Recooked:enakrasadaridapurkim ~ sedikit perubahan pada bahan
Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap potong (guna ikan kembung)
1 asam keping
1 biji limau kasturi
Nenas secukupnya
Kangkung secukupnya (guna taugeh)
1 biji tomato (saya tambah)
Air secukupnya
Perisa secukupnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Bahan-bahan kisar:-
2 biji cili merah segar
2 biji cili padi merah (ikut kepedasan)
1" kunyit
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1" belacan sangai

Caranya:-
Masukkan bahan-bahan kisar, asam keping bersama air kedalam periuk, masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan, nenas, (tomato) dan perahkan limau kasturi dan mendidih sekali lagi.
Perasakan dengan garam, gula dan cukup rasa.
Kacau rata.
Akhir sekali masukkan kangkung (taugeh).
Padamkan api dan sedia dihidang.

Monday, 17 February 2020

Ayam Gril Nenas




Bahan-bahan:-
Ayam fillets
Nenas dipotong kecil
Minyak zaitun
Serbuk bawang merah
Serbuk bawang putih
Smoked paprika
Serbuk jintan putih
Sos tiram
Kicap cair kurang masin
Honey

Caranya:
Masukkan ayam dan nenas kedalam mangkuk besar.
Masukkan kesemua bahan-bahan kedalam mangkuk yang berisi ayam kecuali mentega.
Perapkan ayam semalaman atau 5 jam.
Sediakan pemanggang, masukkan mentega, cairkan.
Gril ayam fillets dan nenas sehingga masak, sapukan sos perapan sentiasa semasa proses mengril.

Jamaican Salted Fish Fritters






Recipe by: @immaculatebites via ~ www.africanbites.com
Ingredients:-
1/2 pound salted cod fish or use any white fish
2 tbsp baking powder
1 cup all-purpose flour
1 tsp granulated garlic
1/2 tsp smoked paprika
1/2 tsp sugar
1/2 medium onion diced
1/2 tsp minced scotch bonnet peppers (replace with hot sauce)
3 tbsps parsley minced
1 tsp fresh thyme minced
2 tbsps minced red bell pepper
1 large egg
1/3 ~ 1/2 cup milk or water
Freshly grated pepper to taste
Vegetable oil for frying about 3 cups

Method:-
Soak salted fish in water overnight or several days (water changed several times).
Drain and shred fish, using a food processor to achieve a really fine shred.
If not finely shred by hands.
Combine the dry ingredients; flour, baking powder, smoked paprika, granulated garlic and sugar.
Stir for about a minute then add onion, salted shredded fish, thyme, red bell pepper, scotch bonnet pepper, parsley and egg.
Whisk until ingredients have been blended.
Then add milk gradually starting from about 1/3 cup until desire thickness.
Adjust seasonings. You may have to do a test taste first.
Heat oil to 350 degrees in a skillet or saucepan.
You may also use a oil test by dropping a 1" square of bread into  the oil.
If it takes 60 seconds to brown, then the oil is at around 350 degrees.
Carefully placed a spoonfuls of the batter into the hot oil and fry fro 3 ~ 4 minutes or until the fritters are crisp and golden brown.  (You may need to do this in batches).
Remove from the pan with a slotted spoon and set aside.
You may drain on paper napkins to remove any excess oil.

Udang Goreng Telur Masin







Bahan-bahan:-
Udang buang kulit badan, cuci dan perapkan dengan jus perahan limau, bilas dan toskan kering
Tepung goreng rangup secukupnya
Air sejuk secukupnya
Minyak menggoreng secukupnya
Telur masin sapuan dalam botol

Salutan Kering: Tepung goreng rangup

Bahan-bahan tumis:-
Mentega
Hirisan cili padi
Daun kari
1 ulas bawang putih, dicincang

Caranya:-
Masukkan udang dalam mangkuk besar.
Masukkan tepung goreng rangup dalam mangkuk.
Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan yang pekat.
Masukkan adunan kedalam udang dan perapkan sehingga waktu menggoreng.
Sediakan minyak panas.
Ambil udang dan gaulkan pada salutan tepung rangup yang kering.
Goncangkan lebihan tepung sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas.
Goreng garing, angkat dan toskan minyak, ketepikan.
Gunakan kuali yang lain.
Masukkan mentega, cairkan.
Masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari.
Tumis sehingga wangi, masukkan telur masin, kacau rata.
Masukkan udang dan gaul sebati.
Tak perlu garam, jika suka masukkan sedikit gula.

Dakgang Jeong Korean Spicy Chicken}





Resepi by:@kualihelena
Bahan-bahan Ayam Goreng:-
6 ketul sayap ayam, guna dada ayam
Tepung serbaguna
Air sejuk dari dalam peti ais

Bahan-bahan sos:-
2 sdb Gochujang
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2 sdb sos tomato
1 sdb madu
1 sdt kicap cair
1/2 sdb minyak bijan
Sedikit air, guna dalam 1 sdb air

Caranya:-
Bancuh tepung serbaguna dengan air sejuk.
Celupkan ayam, perapkan ayam selama 1 jam.
Salutkan ayam dengan tepung serbaguna yang kering.
Goreng sampai kekuningan, angkat dan ketepikan.
Tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan kesemua bahan-bahan sos, kacau sebati dan cukup rasa.
Kecilkan api, masukkan ayam dan kacau sebati dikeseluruhan permukaan ayam.
Angkat dan hiaskan dengan daun bawang dan bijan.