Sunday, 31 May 2020

Rendang Udang

Rendang Udang ditukar bahan menjadi Rendang Ayam


















Resipi by:@kualihelena, terliur saya memandang masakan rendang udang sis, kebetulan memang merancang nak memasak rendang ayam.  Jadi saya cuma ubah bahan dan jangan pulak dimasukkan ayam last, nanti ayam tidak masak dan empuk.
Bahan-bahan:
500g udang {ayam}
200ml santan kotak
1 helai daun kunyit simpulkan
2 helai daun limau purut
1 ~ 5 sdb cili kisar
1 sdb kerisik jika ada
Garam
Gula
Seasonings

Bahan kisar:
12 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1" halia
3 batang serai
1" lengkuas
1" kunyit hidup

Caranya:
Tumis bahan yang dikisar sehingga terbit bau wangi.
Masukkan cili kisar dan kacau hingga cili masak sempurna.
Tambahkan sedikit air sebelum dimasukkan santan, kerisik dan gaul rata.
{jika menggunakan ayam, masukkan dan tutup dengan penutup, sesekali dikacau}
Apabila dah terbit minyak, masukkan gula, garam dan seasonings.
Bila dah mendidih dan kuah agak pekat, masukkan udang.
Masak sekejap dan siap dihidang. 















Karipap Inti Kentang Udang Kering













Resepi kulit karipap by: via@bawangchannel ~  by: Mss January
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan:
4 cawan tepung gandum
2 sdb tepung jagung
3 sdb margerine
1/2 cawan minyak
1/2 cawan air suam *larutkan dengan
1/2 sdt garam*

Caranya untuk kulit:
Campurkan tepung gandum dan tepung jagung, kacau rata. 
Panaskan minyak, masukkan margerine sampai cair dan mendidih. 
Tuangkan minyak panas kedalam bekas tepung. 
Gaulkan dengan sudip hingga sebati. 
Masukkan garam kedalam air suam, kacau sehingga garam larut. 
Tuangkan air kedalam bekas tepung, gaul sampai menjadi doh. 
Guna tangan untuk menggaul dengan mudah. 
Jangan dimasukkan banyak air nanti tidak menjadi. 
Bila dah sebati, perapkan dan tutup sehingga 30 minit ~ 1 jam. 

Inti karipap:
Resepi by:@kim_kimberly1509
6 biji ubi kentang potong dadu
1 bawang merah besar dicincang
3 ulas bawang putih cincang halus
1" halia cincang
1 sdt jintan putih
1 sdb udang kering rendam dan cincang
Daun kari
Daun ketumbar
1 sdb serbuk kurma
1 sdt serbuk perencah sup
Garam
Gula
Perisa
Minyak menumis
Air sedikit

Caranya:
Kukus/rebus kentang hingga empuk, toskan airnya dan ketepikan.
Masukkan minyak dikuali.
Tumiskan biji jintan putih, masukkan udang kering, kacau sehingga wangi.
Masukkan bawang merah, kacau hingga layu.
Masukkan bawang putih dan halia, kacau sebati.
Masukkan perencah sup dan serbuk kurma, masukkan ubi kentang dan sedikit air, kacau rata.
Masukkan garam, gula dan perisa secukupnya.
Masak sehingga rempah masak dan kering airnya.
Sejukkan inti baru diisi pada kulit karipap yang sudah digelek nipis.






Popia Sayur






Resepi by:@kualihelena
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan:
Kulit popia secukupnya

Bahan inti:
3 ulas bawang putih cincang
1/2 biji sengkuang
1 lobak merah saiz sederhana
1 sdb membukit udang geragau boleh skip kalau tiada
Lada putih
Garam dan secukup rasa

Caranya:
Sagat sengkuang dan lobak merah, perah sikit airnya.
Tumis bawang putih dengan udang geragau dengan sedikit minyak.
Dah harum, masukkan sayuran, perisa, garam dan lada putih.
Masak sekejap cukup hingga layu.
Sejukkan dulu inti.
Ambil sekeping kulit popia, isikan inti pada kulit popia.
Gulungkan, lipat kedua belah kulit, sapukan dengan gam tepung.
Gulung  dengan kemas, buat hingga habis.
Kemudian goreng garing dengan api sederhana.
Siap dicicah dengan sos cili Thai atau sos bawang putih.

Saturday, 30 May 2020

Tauhu Kukus Berinti Ayam












Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan:
1 bungkus salted beancurds

Bahan inti, gaul sebati:
1 keping kecil isi ayam dicincang
Sedikit bawang putih bahagian hujung dicincang
Lada sulah
Garam
Perisa maggi
Sedikit minyak bijan + minyak bawang putih

Bahan sos:
1 sdb minyak bawang putih
Lada hitam
Kicap cair
Seasonings sos

Cara buat tauhu sumbat:
Potong tauhu ikut suka, korek sedikit isi tauhu.
Baki tauhu yang dikorek boleh diguna untuk masakan lain.
Sumbat kan sedikit inti ayam pada tauhu dan simpan dipetisejuk selama 30 minit.
Lakukan sehingga habis.

Cara memasak sos:
Masukkan minyak bawang putih  dikuali, diikuti dengan kicap cair secukupnya dan lada hitam. 
Nyalakan api dapur, kacau sehingga mendidih, pada kan api. 

Cara mengukus tauhu:
Masukkan sos dipinggan, susun tauhu atas sos. 
Kukus sehingga masak dan hidangkan semasa masih panas. 












Telur Mata Sos Kicap Tomato































Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan:
Telur
Minyak menggoreng dan menumis

Bahan sos:
1 biji tomato saiz kecil, potong dadu
2 biji cili padi hijau hiris
1 biji jus limau kasturi
Kicap cair
Kicap manis

Caranya:
Goreng telur mata, bubuh atas pinggan dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan tomato hingga layu.
Masukkan cili padi, kacau sebati.
Setelah cili masak dan air tomato sedikit kering, masukkan kicap cair, kicap pekat dan jus limau kasturi.
Masak sehingga Kuah sos mendidih.
Bubuh atas telur dan hidangkan.









Rempeyek Udang











Resepi by:@kualihelena
Recooked by:@kim_kimberly1509
Tak makan udang saya gantikan dengan ikan bilis.
Bahan-bahan:
150g tepung beras
50g tepung ubikayu
1 kotak/200ml santan
1/2 sdt serbuk kunyit
1/2 sdt serbuk ketumbar
5 helai daun limau purut gunting halus
Garam ~ guna 1/2 sdt garam laut halys
Maggi cukup rasa

Bahan halus:
3 bawang putih
2 biji buah keras

Caranya:
Satukan kesemua bahan diatas kecuali udang dan daun limau purut.
Tuangkan santan secukupnya hingga mendapat adunan yang tak terlampau pekat atau pun terlampau cair.
Gaul sebati, masukkan limau purut. Panaskan minyak, cedok sedikit adunan dan letak sedikit udang ikan bilis)
Kemudian tuang di tep-tepi kuali.
Goreng hingga keperangan.
Angkat dan siap dihidangkan.







Chicken Wings In BBQ Sauce



Recipe sourced: en.christinesrecipes
Recooked by:@kim_kimberly1509
Ingredients:
770g chicken wings
1/4 tsp salt
Freshly ground blackpeppers, to taste
1/4 tsp garlic powder ~ use fresh 
1/2 cup BBQ sauce
White sesame seeds, roasted (optional) 

Method:
Rinse chicken wings and wipe dry. 
Season with salt, pepper and garlic powder. 
Set aside for 15 minutes. 
Heat a little of oil in a fry pan over medium high speed.
You don't need to add to many oil as the chicken wings will release its oil. 
Cook until both sides are lightly  brown. 
Use kitchen towel to absorb the excess oil. 
Pour in the BBQ sauce, stir to combine. 
Cover and cook until chicken wings are done to your liking. 
Sprinkle sesame seeds for garnish. 
Serve immediately.