Resipi: Kak Fida MyR / Sumber: Yatie
Bahan-bahan Loyang 8 x 8"
Lapisah Bawah:
300gm labu yang telah direbus, toskan dan lecek halus
100gm tepung Hoen Kwee - putih
1 1/4 cawan santan sederhana pekat ( Boleh guna 100ml santan KARA + Air selebihnya)
3/4 cawan gula pasir
1/2 sk garam
Lapisan Atas (Dadih):
60gm tepung Hoen Kwee - putih
2 cawan santan pekat (Boleh guna 200ml KARA + air)
1/4 sk garam atau secukup rasa
Caranya:
Satukan bahan-bahan lapisan bawah kecuali labu, kacau rata dan masakkan sebentar.
Bila dah agak pekat sikit, masukkan labu, kacau rata dan masak di atas api sederhana hingga pekat dalam 10 minit.
Tuang ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak dan ratakan. Ketepikan.
Satukan pula bahan-bahan dadih atau lapisan atas dan masak hingga adunan pekat dan meletup-letup dan matikan api (masak dalam 5 minit). Masa memasak, sentiasalah dikacau menggunakan whisk.
Tuang segera adunan dadih diatas lapisan bawah dan ratakan.
Biarkan kuih benar-benar sejuk dan boleh dipotong ikut selera.
No comments:
Post a Comment