Sumber: yani@myresepi.com
Bahan-bahan untuk 8 biji:
200g Tepung Gandum*
140ml susu* (guna susu segar)
2 sudu besar butter / margerine*
2 1/2 sudu besar gula halus*
1/2 sudu kecil garam*
2 sudu kecil dry yeast*
Minyak untuk menggoreng
Inti: Sambal ikan bilis / hirisan timun / hirisan tomato
Caranya:
Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*).
Uli sehingga tak melekat di tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Lepas itu, tumbuk-tumbuk doh roti tadi untuk mengeluarkan angin.
Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus.
Isikan dengan sambal ikan bilis dan juga timun, tomato yang dihiris nipis-nipis.
Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan:
Ikan bilis direndam sebentar dan goreng sehingga garing, angkat dan ketepikan
Bahan-bahan sambal diblend:
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Buah keras
Garam, gula, sedikit minyak untuk menumis dan air sedikit.
Caranya:
Tumis bahan-bahan blend sehingga naik minyak dan garing.
Masukkan sedikit air, garam dan gula secukupnya.
Masak sehingga pekat, angkat, tapiskan minyak lebihan dan sejukkan.
Setelah sejuk masukkan ikan bilis dan kacau rata.
Siap untuk inti Burger Malaysia.
No comments:
Post a Comment