Chapati
Bahan-bahan:
2 cawan tepung atta
2 sudu besar margerine / ghee / butter
Sedikit garam
Hirisan daun bawang
3/4 (+-) Susu segar suam
Sedikit margerine untuk sapuan pada non stick pan.
Caranya:
Masukkan tepung dan garam kedalam mangkuk besar, kacau sehingga sebati.
Masukkan margerine dan gaul ramas sehingga rata.
Masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli dan tidak melekat di tangan.
Uli sehingga lembut dan rehatkan selama 30 minit.
Ambil sedikit doh dan bulatkan, tabur sedikit tepung atta di papan canai dan penggelek, lalu dicanai nipis dan terus di masak di non stick pan yang telah disapukan sedikit margerine.
Jangan masak chapati terlalu lama
Bahan-bahan inti:
Hirisan hotdog
Hirisan cendawan butang
Hirisan bawang holland
Hirisan bawang merah besar
Hirisan cili merah
Bawang putih dicincang
Sedikit blackpepper
Garam jika perlu
Minyak zaitun untuk menumis
Hirisan timun
Hirisan tomato
Bahan-bahan sos:
Sos spaghetti
Sos blackpepper
Air sedikit
Bahan-bahan untuk sapuan pada kulit chapati, digaul sebati:
Mayonnis
Cili sos
Mustard sos
Caranya:
Masukkan sedikit minyak zaitun.
Masukkan hirisan bawang merah dan holland tumis sehingga layu.
Masukkan bawang putih yang dicincang.
Masukkan hotdog dan cendawan butang tumis sebentar, masukkan hirisan cili merah dan blackpepper.
Kacau sehingga sebati.
Masukkan bahan-bahan sos, masak sehingga pekat, angkat dan sejukkan dahulu sebelum dibubuh di kulit chapatit.
Sapukan bahan-bahan sapuan pada kulit chapati.
Masukkan inti, bubuh timun dan tomato, kemudian bolehlah digulungkan.
No comments:
Post a Comment