Sunday 2 February 2014

Satay Ayam




Lidi secukupnya direndam semalaman dengan air tujuan semasa proses pembakaran lidi tidak terbakar and patah
Bahan-bahan:
Isi Ayam boleh dicampurkan dengan kulit/lemak ayam, dipotong kiub
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak untuk merenjis pada ayam

Bahan-bahan kisar halus dan memerap ayam semalaman:
Serbuk ketumbar * (* nak guna biji pun boleh tapi disangai terlebih dahulu
Serbuk jintan halus *
Serbuk jintan manis *
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia
Serai


Kuah Kacang Sedap sumber: encikosman@myresipi.com

Bahan-bahan semangkuk
Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan tumbuk mengikut kehalusan yang anda ingin.
Cili kering digiling halus, ikut banyak mana yang anda mahu, kalau nak pedas bubuh banyak sikit
Gula melaka secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak dan air secukupnya

Caranya:
Tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili betul-betul masak.
Kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk.
Masukkan air ikut banyak mana nak kuah tu.
Kacau sampai sebati kemudian masukkan gula melaka.
Masak sampai kepekatan yang diingini, letak garam secukup rasa, sentiasa kacau supaya tak hangit.
Bolehlah dihidangkan dengan nasi impit, sate, kuih cucur udang atau tauhu sumbat







No comments:

Post a Comment