Sumber: Mat Gebu, thanks you
Acuan pie secukupnya, tidak perlu digliskan dengan minyak, Kim mendapat dalam 11 biji
Bahan-bahan pastri:
300g tepung gandum
150g mentega, didadu kecil dan simpan dalam peti sejuk
1/4 camca teh garam halus
1 camca teh gula aising
4 - 5 camca besar air ais ( guna 6 camca besar air air/air batu - tepung dah lama tapi belum "expired" yea )
Bahan-bahan inti pie:
250g dada ayam tanpa tulang, dipotong kiub
6 biji cendawan butang, didadu
1/2 cawan mix veggies
2 helai bay leaf
1 cawan susu segar ( guna low-fat milk )
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1/2 kiub pati ayam
1 biji bawang holland, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar mentega
1 camca teh tepung jagung + 2 camca besar air + kacau rata
Garam secukup rasa
Sapuan pada permukaan pie:
1 biji telur + air dipukul sedikit
Sedikit bijan putih + bijan hitam jika suka
Cara membuat:
Untuk pastri:
Satukan tepung, gula aising, garam halus dan mentega sejuk, kemudian ramas dengan hujung jari hingga adunan menjadi seakan-akan serbuk roti.
Masukkan sedikit demi sedikit air ais sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. (Nota Kim: Semasa menguli lakukan dengan lembut dan jangan terlalu lama nanti doh menjadi liat).
Bulatkan doh, bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
Untuk inti pie:
Panaskan mentega dalam non-stick pan, tumis bawang holland, bawang putih dan bay leaf hingga harum dan bawang layu.
Masukkan ayam dan kacau rata. Goreng isi ayam hingga berubah warna. Masukkan cendawan dan masak sekejap.
Tambah susu dan kiub pati ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam masak.
Masukkan lada hitam tumbuk, mix veggies dan garam secukup rasa. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh dimatikan api. Keluarkan bay leaf dan sejukkan.
Untuk chunky chicken pie:
Keluarkan doh dari peti sejuk, kerat dua doh dan simpan kembali baki doh dalam peti sejuk.
Canai doh kurang lebih setebal 0.3cm, terap dengan acuan bulat (yang ini ikut saiz acuan yang anda guna, pastikan saiz doh lebih dari saiz permukaan acuan).
Kemaskan dalam acuan tadi. Isikan dengan inti pie, terap satu lagi dengan acuan bulat yang bersaiz lebih kecil dan tutup permukaan pie.
Tekan tekan sedikit tepinya agar melekat dan cucuk-cucuk dengan lidi sate. Kemudian hias atas pie dengan lebihan doh mengikut kretiviti anda.
Buat hingga siap (termasuk baki doh yang anda simpan tadi).
Sapu dengan telur pada permukaan pie dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selamaa 35 minit atau hingga masak dan permukaan pie keemasan.
Pastikan anda bakar pie pada rak bawah oven untuk mendapatkan bahagian bawan kulit pie yang elok masaknya.
Jika suka boleh dihidangkan dengan sos pilihan anda
No comments:
Post a Comment