Tuesday, 26 June 2018

Shacha Sauce Chicken Wings





















Recipe sourced: Chef Patsie Cheong ~ via Fried Flavours Crispy & Juicy

Nasi Basmathi Minyak Kelapa




Bahan-bahan:
Beras basmathi, cuci dan rendamkan selama 30 minit, toskan
Minyak kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sayuran campuran
Sedikit daun ketumbar dihiris halus
1 sudu besar minyak sapi

Bahan-bahan rempah tumis:
Halia dihiris
Kulit kayu manis
Biji halba sedikit, rendah 5 minit
Biji pelaga

Caranya:
Masukkan 2 sudu besar minyak kelapa dan tumiskan bahan-bahan rempah sehingga wangi.
Masukan sayuran campur dikacau rata.
Masukkan beras basmathi dan gaul rata, masukkan sedikit garam dan air secukupnya.
Tanakkan sehingga nasi kering air.
Setelah nasi kering air, masukkan 1 sudu besar minyak sapi di permukaan nasi, jangan dikacau dulu, cuma ratakan minyak sapi di permukaan nasi.
Bila nak menghidangkan masukkan hirisan daun ketumbar.



Jelatah Tomato ~ Nasi Simple Tapi Power





















Bahan-bahan:
Tomato
Daun ketumbar sedikit
Cili padi jika suka
Air perahan lemon + limau kasturi
Garam
Gula

Ayam Goreng Berempah Mamak Penang





















Sumber resipi: Mohammad Roslan, balannambiar.wordpress.com
Bahan-bahan:
1.6kg ~ 1.8kg Ayam dipotong 10
Minyak menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa

Tepung salutan ayam:
4 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besr tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada putih
3 tangkai daun kari dipotong halus

Rempah perap:
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar cili kering yang dikisar halus
3 sudu besar kisaran halus bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2"

Caranya:
Bersihkan ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuaian untuk keringkan air basuhan ayam.
Masukkan kedalam bekas dan masukkan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan ketulan ayam.
Masukkan serbuk kari, kisaran bawang + bawang putih + halia.
Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut dan perapkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1-2 jam untuk bahan rempah ini meresap kedalam isi ayam.
Keluarkan bekas dan masukkan tepung ubi kayu, tepung besar, tepung jagung dan serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.
Gaulkan ayam dengan rata, sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air.
Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair, tepung ini akan berpisah dari ketulan ayam, terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng.
Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.
Perapkan lagi selama 20-30 minit sebelum digoreng.
Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukkan jangan terlalu banyak dan sedikit.
Api dapur perlulah sentiasa diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus.
Pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada pai sederhana.
Gorengan ini biasanya mengambil masa selama 20-25minit.
Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung.
Masukkan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha mengambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil.
Tanda peha ayam sudah masak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung.
Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak sangat.  Kalau terlalu masak jus pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam.

Serunding Halia & Ikan Bilis





















Sumber resipi: Dayang Faridah via citerviralterkini
Bahan-bahan:
Halia *
Ikan bilis * bertanda *sukat, keduanya sama banyak
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam halus **
Sedikit gula halus ** bertanda saya tambah

Tip untuk Halia:
Halia terbaik, pilih yang muda atau halia kampung yang warnanya lebih gelap dan kecil-kecil.

Caranya:
Buang kulit halia, potong kecil melawan urat halia.
Nak senang kupas dengan menggunakan sudu.
Ikan bilis cuci dengan air dan toskan.
Tumbuk halia hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi sampai lumat.
Panaskan minyak, mesti banyak minyak supaya serunding masak serata dan rangup
Dah panas, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
Pastikan api sederhana dan sentiasa dikacau.
Goreng sampai kekuningan.
Dah garing angkat, toskan minyak.
Sejukkan, gaulkan dengan sedikit garam halus dan gula halus dan simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.
Boleh dimakan dengan nasi panas-panas.



Monday, 18 June 2018

Kacang Kuda Hitam Goreng





















Bahan-bahan:
Kacang kuda hitam direndam semalaman
Cili kering dipotong serong
Daun Kari
Minyak menggoreng
Garam
Gula


Cucur Lemak Manis






















Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas mendidih *bertanda disatukan
2 sudu besar serbuk santan *
3 sudu besar susu pekat manis, ikut suka kemanisan
1 biji telur
Sedikit serbuk kayu manis
Minyak menggoreng secukupnya

Caranya:
Masukkan air bersama serbuk santan, sentiasa dikacau dan angkat bila sudah mendidih.
Masukkan susu pekat manis dan serbuk kacau manis.
Masukkan telur dan tepung gandum, kacau rata dengan cepat.
Rehatkan adunan sebentar.
Panaskan minyak.
Jemputkan adunan sedikit, masukkan ke dalam minyak panas.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.

Sunday, 17 June 2018

Kepak Ayam Pandan Bersumbat





















Bahan-bahan
Kepak ayam secukupnya, buang tulang di bahagian kepak.
Daun pandan
Lidi kecil
Minyak menggoreng
Kicap cair
Kicap pekat
Gula perang sedikit

Bahan-bahan sumbat, dicincang halus:
Isi ayam
Cili padi
Kunyit hidup
Halia
Bawang putih
Serbuk Ketumbar
Minyak sedikit
Kicap cair
Kicap Ikan

Caranya:
Ambil kepak ayam dan sumbatkan bahan-bahan sumbat.
Ambil sehelai daun pandan dan balutkan, kepilkan dengan lidi.
Buat hingga habis dan susun dalam pinggan.
Sediakan pengukus, kukus kepak ayam selama 25 minit atau sehingga masak.
Angkat dan sejukkan.  Air dari kukusan ayam boleh disimpan untuk membuat nasi ayam/sup.
Setelah sejuk, masukkan kicap cair, kicap pekat dan gula perang, gaul sehingga sebati.
Perapkan selama 3 jam, 1 jam pun boleh jugak kalau nak cepat.
Sediakan minyak panas, goreng sebentar sehingga berwarna kecoklatan.
Goreng jangan terlalu lama, kerana kepak ayam tadi sudah masak.
Boleh di makan dengan sos cicah.



Grilled Spicy Chicken dan Steamboats Tom Yam






















Recipe sourced: Christine's Recipes ~ Grilled Spicy Chicken Skewers
Ingredients:
600g chicken thigh or breast
2 cloves garlic
2 tbsp yoghurt ~ i used blueberry flavour
2 tsp tabasco sauce
3 tsp balsamic vinegar
1 tbsp brown sugar
2 tsp paprika powder
1 tsp ground cumin
1/2 tsp ground turmeric
1/4 tsp salt
1 tbsp oilve oil
Salsa or salad, for serving

Sauce:
2 tbsp mayonnaise
1 tsp sriracha sauce
1/2 tsp lime juice
1 tsp sugar
salt, to taste
pepper, to taste

Method:
Cut the chicken into 3cm sized cubes.
To make the sauce:
Mix all the ingredients well in a little bowl.  Set aside.
In a food processor, put in the garlic, yoghurt, tabasco sauce, balsamic vinegar, brown sugar, paprika powder, ground cumin, ground turmeric, salt and olive oil.
Process into a paste.
Combine with the chicken well in a plastic bag or container.
Refrigerate for at least 3 hours or overnight.
Remove the chicken from fridge and rest in room temperature for about 15 minutes.
Thread onto skewers.
Cook skewers on a heated grill pan, or a BBQ griller, for 15 to 20 minutes on medium-low heat, until cooked through.
Serve hot with sauce and salsa.


Black Pomfret with Crispy Ginger and Balsamic Vinegar Sauce





















Recipe sourced: Ann Lian from Family Kitchen with Sherson
Ingredients:
100g ginger, finely shredded
20g turmeric, finely shredded
1 black pompfret or any fish except mackerel
Corn starch, to season
Salt, to season
Cooking oil
2 tbsps Chinese Black Vinegar ~ i used Balsamic Vinegar
1 tsp sugar
2 tbsps light soy sauce
Water

Method:
Using a food processor, finely shred ginger and turmeric.
To prepare the fish:
Sprinkle some corn starch and salt onto one side of the fish.
In a pan, add some cooking oil and fry the side of fish coated in corn starch until crispy then put aside.
Using the same pan and oil, fry the ginger and turmeric until crispy.
Sprinkle salt and put aside.
In the same pan, add some more cooking oil and add the black vinegar (balsamic vinegar), sugar, soy sauce and little water to deglaze the pan.
Bring to a slow boil then place the fish back into the sauce with the un-fried side down, cover the lid and cook on low heat for 2 minutes.
Ladle the fish onto the plate, pour the sauce over and garnish with the crispy fried ginger and turmeric strips.

Puding Kastard Jagung




Sumber resipi: Madihaa
Bahan-bahan:
1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair Ideal
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir boleh kurangkan sikit
1 1/2 cawan tepung kastard

Caranya:
Bancuh tepung kastard dengan air sehingga sebati.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan bancuh rata.
Masak puding dengan menggunakan api yang kecil, masak sehingga masak (kental dan berkilat).
Masukkan ke dalam loyang atau talam.
Bila sejuk masukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong.


Karipap Tepung Hi-Protien






Sumber resipi:Mohammad Roslan ~ balannambiar.wordpress.com, terima kasih sedap dan tak berminyak
Bahan-bahan:
500g tepung gandum berprotein tinggi
80gm majerine
3 sudu besar minyak masak dipanaskan
1 1/2 cawan air ais, masukkan sedikit garam dan kacau rata. (guna air biasa), jangan dimasukkan sekali semua

Caranya:
Masukkan majerine dalam tepung dan ramas-ramas sikit, buat kolam tengah, masukkan minyak masak panas dan dengan menggunakan garpu, sebatikan.  (Saya panaskan minyak dan margerine bersama, kemudian dimasukkan ke dalam tepung dan ramas sehingga menjadi serbuk roti).
Biar sejuk sedikit, ramaskan tepung dan jadikan lebih kurang serbuk roti, masukkan air sedikit demi sedikit dan jadikan doh.
Tip dari enakenakrasa: Jangan dicanai terlalu tebal, sebaiknya dicanai nipis supaya mendapat kulit yang garing.
Tip: Kalau tepung guna air banyak untuk canai mudah tapi karipap anda tak jadi garing tapi jadi lembut.
Kalau nak garing boleh tambah tepung beras, tapi tak gunakan minyak sawit dan margerine tapi gunakan santan
Masa goreng karipap pastikan minyak tidak terlalu panas.


Kacang Tanah Goreng





Sumber resipi: Saudari E-cah Katman via rasa.my
Bahan-bahan:
Kacang tanah besar tanpa kulit
Bawang putih dihiris
Halia dihiris
Serbuk nasi goreng atau garam halus (tak letak), guna serbuk bawang putih
Air secukupnya
Garam
Serbuk cukup rasa

Caranya:
Masukkan air, garam dan serbuk cukup rasa secukupnya ke dalam periuk.
Masak sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia.
Biar sampai sejuk.
Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia.
Angkat dan toskan kacang goreng.
Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya.
Gaul rata, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Thai Coconut Pancakes (Kanom Krok)






















Recipe sourced: hot-thai-kitchen.com
Ingredients:
50g cooked jasmine rice
50g rice flour
1 cup water
1/4 cup coconut milk
1/4 cup shredded dried coconut (if you can get fresh, use fresh)
30g palm sugar, chopped
1/4 tsp salt

Method for the Shells:
Place all ingredients in a blender and blend until smooth.

The filling:
1 cup coconut milk
2 tbsp granulated sugar
1/4 tsp salt
2 tbsp rice flour

Optional toppings:
Chopped green onions
Cooked sweet corn kernels
Cooked taro cubes

Method for the Fillings:
Whisk the rice flour, sugar and salt together until there are no more lumps of flour.
Add coconut milk and whisk until sugar is dissolved.

Method to cook:
Heat the electric pan at 325F, to test pan for readiness, sprinkle a bit of water onto the pan, and if it sizzles away immediately it's hot enough.
Brush half the holes with coconut oil.  You can make only half a pan at a time in the beginning because you'll likely be a bit slow and clumsy to start, and it's just more manageable and less hectic to deal with a few at a time.

Stir both batters every time before you use it.

Add 1/2 tbsp of the shell batter into the pre-heated holes.  Then add 1 tsp of the filling by dunking the teaspoon right into the middle of the shell and wiggle it slightly.
Let them cook for a minute or so, meanwhile, fill the rest of the pan.
After a minute of two of cooking, the cakes should be partially set, go ahead and add your toppings.
If you're using heavier topping like corn or taro, and they sink too much into the cakes, jut let the cakes set a bit more before topping.
Continue to let them cook until the bottom is crispy and golden brown, and the top is no longer runny, about 5 minutes.
Give them at least 5 minutes to cook, do not rush them, that is how you get crispy bottoms.
If the bottom is done but top still needs more cooking, you can cover the pan with a pot lid to steam the top for 1 minute.
To test doneness, tilt the pan slightly and if the top doesn't run, then it's done.
Tips: Free free to adjust the temperature of the pan as needed during the cooking process.
Remove the cakes by pushing them up with a toothpick or skewer, and scooping them out with a spoon.  Place on a rack to cool for a few minutes just so you don't burn yourself, but you want to eat these while they're still warm and crispy.
These do not keep well as they go mushy and soggy real fast

Notes:
Both batters can be made in advance and stored in the fridge.
Bring it out to room temperature before using.
If the shell batter has thickened up too much, you can add a bit of water to thin it out so it pour easily.
The batter should have a runny consistency.


Sunday, 10 June 2018

Ikan Bilis & Kentang Kicap Lada Hitam






Bahan-bahan:
Goreng ubi kentang/rebus ubi kentang sehingga empuk, ketepikan
Ikan bilis digoreng, ketepikan
Daun kari
Hirisan cili padi
Hirisan bawang besar
Tomato dibelah
Minyak menumis
Garam jika perlu
Air sedikit
Kicap cair
Kicap manis

Bahan-bahan ditumbuk halus:
1/2" kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
1/2 sudu besar jintan hijau kasar
1 sudu besar lada hitam

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan hirisan bawang merah, daun kari dan cili padi sehingga wangi.  Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tambah jika kurang minyak, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, tumis sehingga wangi.
Masukkan kicap cair dan kicap manis kacau sebentar.  
Masukkan air sedikit dan kacau sehingga mendidih.
Masukkan ubi kentang dan bawang merah, daun kari dan cili padi yang ditumis tadi.
Kacau sehingga sebati, rasa dulu baru dipadamkan air.
Setelah sejuk sebentar, masukkan ikan bilis yang telah digoreng, kacau sebati.
Hidangkan dengan nasi putih.




Bee Hoon Goreng Thai






Bahan-bahan:
4 keping beehoon, rendam hingga lembut dan toskan
Telur dadar dipotong
Hirisan daun bawang
Hirisan daun ketumbar
Hirisan lobak merah
Isi ayam dipotong nipis
Sotong
Udang
Minyak menumis
Air secukup
Garam secukup

Bahan-bahan ditumbuk halus:
15 biji cili padi merah dan hijau
5 ulas bawang putih

Bahan-bahan sos:
Kicap cair
Sos tiram
Sos Ikan
Air perahan limau nipis/kasturi/lemon

Caranya:
Masukkan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga pecah minyak/wangi.
Masukkan sedikit air, masukkan isi ayam, sotong dan udang, kacau sebentar.
Masukkan bahan-bahan sos dan air perahan limau.
Kacau sehingga mendidih, masukkan bee hoon dan kacau rata.
Masukkan sedikit air dan masak sehingga bee hoon lembut.
Setelah hampir kering masukkan lobak merah, daun bawang dan daun ketumbar, kacau sebati.
Bolehlah rasa dulu, kalau perlu boleh ditambahkan garam.
Sebelum dihidang masukkan hirisan telur dadar.