Sumber resipi: Majalah Rasa - resipi-resipi viral (Resipi : FB Zuraita Mohd Anua)
Bahan-bahan:1 bungkus mi segera ~ perisa asli atau perisa pilihan
Perasa di dalam paket mi segera
1 biji telur
6 sudu makan tepung ubi kayu
2 sudu makan tepung gandum
sedikit garam
Caranya:
Rebus mi segera sehingga kembang, kemudian toskan.
Masukkan Mi segera tadi, perasanya, telur dan sedikit garam kedalam pengisar.
Kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk bahan yang dikisar tadi, campurkan tepung ubi kayu dan tepung gandum.
Uli seketika sehingga doh tidak melekat di tangan.
Kemudian bahagikan doh dan potong memanjang.
Didihkan air dalam kuali atau periuk, kemudian rebus keropok lekor tadi.
Tunggu hingga keropok timbul baru diangkat. Toskan.
Potong keropok menjadi potongan kecil.
Goreng hingga garing.
Angkat dan sedika dinikmati bersama sos pilihan.
No comments:
Post a Comment