Sumber resepi:endang, justtryandtaste.com (sorry, saya terjemah ke Bahasa Malaysia)
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dalam 1 kg)dipotong kecil
300ml air
Bahan-bahan rempah dihaluskan:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2cm halia
2cm lengkuas
Bahan-bahan rempah lain:
3 sudu besar brown sugar
1 sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap Waorcestershire
2 sudu besar sos tomato
2 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/6 sudu teh serbuk jintan
Caranya:
Sediakan kuali/periuk, masukkan potongan ayam, masukkan rempah yang dihaluskan dan kesemua bahan-bahan rempah lain, kacau rata.
Masak dengan api sedang sambil dikacau hingga air dari ayam menyusut.
Masukkan air, masak ayam hingga kuahnya kering. Matikan api.
Sediakan loyang pembakar dialas dengan kertas minyak.
Panggang di oven suhu 200C selama 15 minit atau sehingga permukaan ayam kering dan kecoklatan.
Keluarkan dari oven, sajikan hangat.
No comments:
Post a Comment