Bahan-bahan:
Mee Hoon, direndam sehingga lembut, toskan
Cili merah dihiris panjang
Daun bawang dipotong panjang
Lobak merah dihiris panjang
Halia dihirisi panjang
Air secukupnya
Bawang putih dicincang
Halia sedikit dicincang
Telur dadar:
Telur dipukul kembang
Sedikit cincangan halia dan bawang putih
Sedikit lada sula
Sos ikan
Secukup minyak untuk menggoreng telur dadar
Bahan-bahan sos, digaul rata:
Kicap cair
Kicap pekat
Sos tiram
Lada sula
Setitik minyak bijan
Caranya:
Masukkan sedikit minyak untuk menumis cincang bawang putih dan halia, tumis sehingga layu.
Masukkan lobak merah, cili merah dan hirisan halia. Gaul sebati.
Masukkan bahan-bahan sos, kacau sebati. Masukkan sedikit air, kacau rata.
Masukkan mee hoon dan air sedikit, kalau tak cukup baru tambahkan air.
Kacau sehingga sebati dan mee hoon lembut. Tambahkan garam jika perlu.
Angkat dan hidangkan bersama telur dadar, bawang goreng dan hirisan daun bawang.
No comments:
Post a Comment