Tuesday, 10 July 2012

Donut Ball

Resipi: DayangJack
Bahan-bahan:
2 cawan tepung high protein / tepung gandum
1 sudu besar margerin
1 biji telur
1 sudu teh pelembut doh
1 sudu teh yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
90ml susu segar ( -/+ ) (Kim guna susu low fat)
1/2 sudu teh pes pandan atau pandan emulco
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan sadurang / topping:
Coklat masakan secukupnya / Kacang tanah / Gula icing atau gula halus

Caranya:
Kisar / putar margerin, telur, susu segar, pes pandan, gula pasir dan garam sehingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya.
Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisarkan tadi, masukkan yis dan pelembut doh.
Uli sehingga menjadi doh.  Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20 - 22 bahagian dan bentukkan seperti bebola.
Gunakan sedikit tepung untuk menbentuknya.  (Sekiranya doh melekat di tangan).
Susunkan diatas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung.
Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng.  Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi sehingga keperangan.  Angkat dan toskan.
Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.

Kim sadurkan donut dengan coklat masakan dibubuh separuh bahagian donut dengan kacang tumbuk, macam Ferrero Rocher ehem!!!...
Walaupun menggunakan tepung high protein dan donut menjadi padat apabila digoreng ia tetap lembut.

Sunday, 8 July 2012

Ayam Goreng Crispy


Bahan-bahan:
Ayam dibersihkan, dipotong kecil, buangkan kulit dan lemak
Tepung Salutan Asli Jenama Kijang
Minyak untuk menggoreng
Daun kari secukupnya

Bahan-bahan perapan, diperap selama 1 jam:
Sedikit lengkuas
Sedikit halia muda
2 batang serai
5 ulas bawang putih
Garam secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak di kuali.  Ambil ayam yang telah diperap tadi digaulkan dengan tepung goreng asli, lalu dimasukkan di kuali.
Api dapur hendaklah besar pada mulanya dan dikecilkan api dapur setelah dimasukkan ayam tadi.  Masak sehinnga ayam empuk dan tiada air darah keluar dari ayam.  Sebelum diangkat bolehlah dibesarkan api semula. 
Tujuannya supaya ayam tadi garing.

Nasi Lemak Tumis

 
Nasi Lemak Tumis:
Beras secukupnya
Air santan secukupnya
Garam secukup rasa
Daun Pandan
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan ditumbuk kasar dan ditumis:
Bawang merah
Bawang putih

Caranya:
Tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan garing, masukkan beras yang telah direndam dalam 20 minit dan gorengkan sebentar.
Angkat dan masukkan diperiuk masak nasi, kemudian masukkan santan, garam dan daun pandan.
Tanak sehingga air kering dan boleh dipadamkan api.

Sambal Ikan Bilis:
Ikan bilis dibasuhkan sebentar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air asam jawa secukupnya

Bahan-bahan dikisar halus, tapiskan airnya dan ketepikan:
1 sudu besar Cili kering mesin
2 biji Cili merah
1 biji buah keras
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih

Caranya:
Panaskan minyak untuk menggoreng ikan bilis.  Goreng sehingga ikan bilis garing, angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak menggoreng ikan bilis tadi, masukkan bahan-bahan kisar.  Tumis sehingga garing dan wangi masukkan air tapisan bahan kisar tadi.  Kacau sehingga pekat sedikit masukkan garam, gula dan air asam jawa.  Kacau sehingga masak.
Ikan bilis bolehlah dimasukkan apabila sambal sudah sejuk, tujuannya untuk mendapatkan kerangupan ikan bilis. 


Cempedak Goreng


Bahan-bahan:
Cempedak
Minyak menggoreng secukupnya

Bahan-bahan salutan, dibancuh sehingga sebati:
Tepung beras
Sedikit potato starch
Garam
Serbuk kunyit
1 sudu besar Margerine
Air sejuk secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak secukupnya di kuali.  Pastikan api dapur dibuka besar dan minyak panas, barulah dimasukkan cempedak.
Kecilkan api semula dan sekali-sekala dibalikkan cempedak.
Masak sehingga kekuningan dan boleh ditoskan.

Saturday, 7 July 2012

Apam Dot-Dot



Resipi: Lilydvalley / Source: Hana

Bahan-bahan:
3 biji telur dari peti sejuk (Kim guna gred C)
275gm tepung gandum
220gm gula halus/kastor (Hana guna 180gm, Kim guna 170gm)
150gm susu segar (Kim guna low fat milk)
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovallette
1/2 penutup esen vanilla

Filling: Blueberry secukupnya (Masukkan ke dalam piping bag)
(Filling boleh diganti dengan bebagai inti kesukaan memasing)
Pewarna kegemaran beberapa titis

Piping Bag secukupnya
Mangkuk kertas secukupnya

Caranya:
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa. 
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).  Gunting bahagian hujung sedikit sahaja.
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan lompang. 
Picitkan filling blueberry secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh.  Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
(Boleh didotkan atau pusing seperti lingkaran nyamuk).
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10 - 15 minit.

Tips dari Hana:
Jangan buka api besar semasa mengukus.  Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman jadik ler kang apam mekar! hihi (berdasarkan pengalaman).
Bubuh esen vanilla untuk mengurangkan bau telur.

Cara Kim: bubuh daun pandan kedalam air kukusan.  Bahan-bahan diatas tak perlu nak mengayak.

Sambal Goreng Tempe

Bahan-bahan:
Tempe dipotong memanjang, digoreng dan ketepikan
Tauhu dipotong memanjang, digoreng dan ketepikan
Ikan Bilis digoreng dan ketepikan
Cili merah dihiris memanjang
Kacang tanah digoreng dan ketepikan
Sedikit Air Asam Jawa
Kicap pekat
Garam secukup rasa
Gula (optional)

Bahan-bahan tumis diblend:
Cili merah / cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Belacan sedikit

Caranya:
Tumiskan bahan-bahan blend sehingga garing dan wangi, masukkan kicap pekat dan kacau sehingga sebati.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula dikacau lagi sehingga sebati.
Masukkan tempe, tauhu, cili merah dan masak sehingga air kering bolehlah dipadamkan api.
Angkat kuali dari api dan masukkan ikan bilis digaul sehingga rata.  Akhir sekali taburkan kacang tanah.
Kemudian bolehlah dihidangkan.

Friday, 6 July 2012

Nigella Chocolate Chip Muffin

Source: Photo a day (Recipe Nigella Lawson)















Makes 12 muffins
Ingredients:
1 3/4 cups all purpose flour
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon baking soda
2 tablespoons best quality cocoa powder (Kim used dark cocoa powder)
3/4 cup superfine sugar (Kim used icing sugar 1/2 cup less a little bit) 
3/4 cup semisweet chocolate chips, plus 1/4 cup for sprinkling
1 cup milk (Kim used Low Fat)
1/3 cup plus 2 teaspoons vegetable oil (Kim used corn oil)
1 egg (Kim used 1 egg size C)
1 teaspoon pure vanilla extract

Preheat the oven to 170C degree.

Method:
Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar adn 3/4 cup of the chocolate chips into a large bowl.
Pour all the liquid ingredients into a measuring jug.  Mix the dry and wet ingredients together, remembering that A LUMPY BATTER MAKES THE BEST MUFFINS
Spoon into the prepared muffin cases.
Spinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top and then bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen dan springy.