Sunday, 14 October 2012

Ikan Kembung Harum Thai






Resipi: Try Masak / Source: Ummi
Resipi asal menggunakan ayam, Kim gantikan ikan dan ada membuat sedikit perubahan pada bahan kerana tiada stok bahan..








Bahan-bahan:
Ikan Kembung dibersihkan, sapukan serbuk kunyit dan garam, goreng sehingga masak dan ketepikan
2-3 batang serai - dititik
4-6 helai daun limau purut 
1 biji cili merah dipotong serong
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air sedikit

Bahan-bahan ditumbuk kasar: (Bahan A)
1 biji bawang besar ( Kim guna 3 biji bawang merah kecil )
4 ulas bawang putih 
1 inci halia

Bahan-bahan dicampurkan, jadikan sos: (Bahan B)
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tom yam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji limau nipis - diambil jusnya

Caranya:
Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam, goreng sehingga masak dan angkat, ketepikan.
Tumiskan bahan A sampai wangi.
Masukkan bahan B dan kacau rata dan naik bau wangi, masukkan sedikit air.
Masukkan serai dan daun limau purut.
Masak dengan api sederhana dan gaul sekata.
Masukkan cili merah dan kacau rata, tutup api.
Letakkan diatas ikan yang telah digoreng tadi.
Hidangkan dengan nasi hangat.

Ungkep Ayam Style Jawa


Resipi: Mat Gebu / Source: Yatie

Bahan-bahan:
600g ayam - potong saiz sederhana
2 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf ( boleh guna yang kering )
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan-bahan dikisar halus:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
10 - 15 biji cili padi merah
3/4 inci kunyit hidup / Kim guna kunyit serbuk
Bahan-bahan disangai:
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan putih
(Bahan-bahan yang telah disangai kemudian dimasukkan kedalam bahan-bahan diatas, lalu dikisar halus)

Caranya:
Ayam dibuang kulit, lelemak, cuci bersih dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam.
Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam).  Biarkan mendidih.
Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam.
Masak dengan air sederhana sehingga kering.
Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat.


Saturday, 13 October 2012

Ayam Ungkep Kicap

Resipi: Noor Joha Ahmad

Resipi ini boleh menggunakan seperti berikut:
Campuran hati, pedal dan leher ayam sahaja.
Paru hati dan limpa
Daging
Ayam
Ia perlu dimasak sehingga kering dan tidak menggunakan santan atau pun kerisik.  Penyediaannya seperti memasak rendang.
Bahan-bahan:
Pilihan diatas tadi dan kita menyediakan sebanyak sekilogram (iku pilihan)
5 helai daun limau purut
3 batang serai diketuk
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan air asam jawa

Bahan-bahan Kisar sehingga lumat:
Cili juga boleh buat pilihan sama ada cili kering/cili merah/cili padi.  Ikut kesesuaian, kalau cili merah cukup 6 tangkai, kalau cili padi biarlah 31 tangkai, kalau cili kering 25 tangkai.
1 sudu besar ketumbar sangai sehingga naik bau
1 sudu besar jintan manis biji, sangai sehingga naik bau
2 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
6cm halia

Caranya:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak
Masukkan bahan pilihan.
Masukkan serai, daun limau purut, kicap dan air asam jawa.
Masukkan garam dan gula secukupnya
Biarkan ia mendidih dan bahan pilihan kita tadi empuk.
Kita boleh tambah air untuk mengempukkan limpa, daging, hati, ayam, pedal dan paru.
Tapi kena hati-hati apabila bubuh air, jangan sekali gus, kerana kita takut bahan dah empuk, tapi kuah masih tak kering.
Jenuh pulak kita nak keringkan kuah dan bahan-bahn lain dah naik hancur,
Masakan ini kalau dah jadi, ia selalu akan berwarna lebih gelap. 

Banana Chocolate Butter Cake








Recipe: Chef Kevin Chia - I Loke Butter Cake Too
Ingredients:
250g Butter
200g Castor sugar
4 Eggs
80g Chocolate (chopped)
80ml Fresh Milk
200g Banana (sliced)

Sifted:
250g Flour
5g Baking Powder
1/4 tsp Bicarbonate of soda
15g Cocoa Powder

Method:
Preheat oven to 160C, grease and line a 18cm (7-in) square baking pan.
Beat butter and sugar until creamy.  Add in eggs, one at a time, beating well after each addition.
Melt chocolate with fresh milk over low heat.  Cool aside.  
Stir into batter until blended.
Fold in sifted flour, baking powder, soda, cocoa powder and banana sliced, mix until combined.
Spread batter into prepared pan.
Bake in oven for 50-60 minutes or until cooked.
 



Bayam Tumis Bawang Putih


Bahan-Bahan:
Bayam dibersihkan dan potong panjang
Bawang putih dihiris
Garam secukupnya/Kiub ayam/ikan bilis
Air sedikit
Minyak untuk menumis
Jika suka boleh dimasukkan hirisan cili merah

Ayam Halia Minyak Bijan



Bahan-bahan:
Isi ayam dipotong kecil
Halia diparut halus
Bawang putih dicincang
Minyak bijan
Lada putih jika suka
Kicap pekat manis
Kicap pekat masin
Air secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak bijan dan masukkan bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau.
Masukkan halia dan kacau sehingga rata, masukkan isi ayam dan kacau lagi.
Masukkan kicap pekat manis dan kicap pekat, dikacaukan dan masukkan sedikit air.
Masak sehingga ayam empuk dan rasakan garam, jika perlu bolehlah ditambahkan sedikit garam.
Hidangkan bersama nasi putih. 

Cucur Badak


Bahan-bahan kulit:
Keledek oren - dikupas kulit dan kukus sehingga lembut, lenyekkan dan ketepikan
Udang kecil/besar
Tepung gandum sedikit
Minyak untuk menggoreng terendam

Bahan-bahan inti diblend kasar/halus:
Serai
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Udang kering - direndam sebentar dan sangai
Garam
Sedikit gula

Kelapa yang putih

Caranya:
Lenyekkan keledek semasa masih panas dan masukkan tepung gandum sedikit sehingga boleh menjadi doh yang lembut.  (Jangan masukkan terlalu banyak tepung gandum ini akan menjadikan kuih keras).
Gaul rata tepung dan gulungkan memanjang dan potongkan lalu dibulat-bulatkan, ketepikan.
Untuk memasak inti:
Panaskan sedikit minyak dikuali dan tumiskan bahan-bahan rempah sehingga wangi dan garing.
Masukkan garam, gula dan kelapa lalu dikacau sehingga hampir kering, masukkan sedikit air panas dan masak lagi sehingga kering dan angkat.
Angkat dan sejukkan.
Masukkan inti pada doh yang dileperkan kemudian ditutup padat.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan dan angkat, toskan minyak.