Thursday, 12 September 2019

Kepiting Masak Serai






Bahan-bahan:-
Ketam, diketuk dan gaul sedikit dengan tepung jagung
2-3 sdm cili seafood sos
1 sdm sos ikan
Secubit Maggi secukup rasa
Air secukupnya
Minyak menumis
Gula perang
Garam jika perlu

Bahan-bahan diblend kasar:-
4 batang serai
3 biji cili padi merah
3 biji cili padi hijau
1" lengkuas
1/2" kunyit hidup
10 helai daun limau purut,buang urat
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya:-
Masukkan sedikit minyak, masukkan ketam dan goreng sebentar, angkat dan ketepikan.
Dengan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak.
Tumiskan bahan-bahan yang telah diblend sehingga harum.
Masukkan cili seafood sos, sos ikan dan sedikit perisa, gula perang dan air sedikit, kacau rata.
Masukkan ketam dan tutup dengan penutup, kacau sesekali.
Kalau air kurang tambahkan sedikit.
Rasa dulu, kalau perlu garam masukkan secukup rasa.
Masak sehingga kuah sedikit pekat.



Wednesday, 11 September 2019

Golden Balls Ala Sushi King





Sumber resipi: @kualihelena
Bahan-bahan:
Telur
Minyak menggoreng

Bahan-bahan salutan:-
Tepung gandum
Breadcrumbs
1 biji telur dikocok

Caranya:
Rebus telur dan kupas kulit.
Salutkan telur pada tepung gandum kemudian pada telur.  Ulang proses ini sebanyak 2x.
Kemudian celupkan semula ke dalam telur.
Salutkan dengan breadcrumbs sehingga rata.
Simpan dalam peti sejuk selama 10 minit.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan keemasan.
Angkat, biarkan sejuk baru dipotong dua.

Bahan-bahan Filings:
Crabstick
Mayonis
Garam secukup rasa
Maggi secukup rasa
Lada sulah
Gula perang

Caranya:
Rebus sebentar crabsticks, angkat dan toskan.
Kemudian cincang halus, campurkan dengan garam, maggi secukup rasa, lada sulah dan gula, gaul sebati.
Letakkan di atas telur yang telah dipotong dua.
Hidangkan, sprinkle sedikit dengan lada hitam.

Caramelized Chickens





Sumber resipi: @kualihelena ~ Helena Rizani
Bahan-bahan, ditumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia

Bahan-bahan sos:
3 sdm sos tiram
1 sdm kicap cair
1 sdm madu
2 sdm kicap manis
2 sdm sos cili
1 sdm cili flakes
Lada putih
Sedikit Maggi secukup rasa

Caranya:
Satukan kesemua bahan-bahan diatas, perapkan semalaman.
Masak dikuali non-stick dengan menggunakan api yang kecil.
Tutup dengan penutup, sentiasa diterbalik-balikkan supaya kedua belah bahagian masak.
Sapukan lebihan sos pada ayam.
Jika ayam nampak kering, masukkan sedikit air (tak perlu dimasukkan minyak)
(Nota: Boleh bakar pada oven suhu 180C, selama 50 minit, bergantung pada oven dan size ayam masing-masing.  Semasa di oven sapukan lebihan sos pada ayam)


Kacang panjang Cah Ayam Cincang





Bahan-bahan:
Kacang panjang dipotong kecil
Sedikit isi ayam, dicincang
2 biji cili padi merah, dihiris
1 biji bawang putih, dicincang
1 tangkai akar ketumbar, dicincang
1 helai daun limau purut, disiat
Maggi seasonings sos
Garam
Minyak
Air secukupnya

Caranya:-
Masukkan sedikit minyak di kuali, tumiskan akar ketumbar, bawang putih, cili padi dan daun limau purut sehingga harum.
Masukkan Maggi seasonings sos dan sedikit air.
Biarkan seketika, kemudian kacau sebati.
Masukkan air sedikit dan ayam cincang, kacau sebati.
Masukkan kacang panjang, garam dan sedikit air lagi.
Masak sehingga kacang panjang lembut.
Rasa sebelum dihidangkan.

Monday, 2 September 2019

Kulit Ayam Goreng Pedas





Bahan-bahan:
Kulit ayam, kikiskan lelemak, kemudian dipotong
Air secukupnya
Garam jika perlu
Minyak menggoreng

Bahan-bahan salutan:
Tepung beras
Tepung jagung

Bahan tumis:
Sos ikan
Bawang putih dicincang
Cili padi dihiris
Daun kari

Caranya:
Masukkan air kedalam periuk bersama kulit ayam.
Rebuskan kulit ayam sehingga pecah minyak, angkat dan toskan.
Masukkan kulit ayam kedalam mangkuk, gaulkan dengan tepung beras bersama tepung jagung sehingga sebati.
Sediakan minyak dikuali, goreng dengan api yang sederhana, goreng sehingga kulit ayam garing dan angkat, toskan minyak.
Dengan menggunakan minyak yang sama, keluarkan minyak yang berlebihan, gunakan dalam 1 sdm minyak.
Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga harum, masukkan sos ikan, kacau sebati.
Masukkan kulit ayam dan gaul sehingga sebati.
Angkat dan hidangkan.

Ikan Parang Asam Pedas





Bahan-bahan:
Ikan parang
Bendi
Tomato
Sedikit Minyak menumis
Air secukupnya
Air asam jawa
1 biji jus limau nipis
1 batang serai, diketuk
1" lengkuas, diketuk
Garam secukup rasa

Bahan-bahan, dikisar:
4 biji Cili merah
8 biji cili padi merah
2 biji buah keras
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" belacan
1/2" lengkuas

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan serai, lengkuas dan bahan-bahan kisar sehingga masak.
Masukkan air, air asam dan jus limau nipis dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan parang dan masakkan sebentar, angkat dan ketepikan.
Masukkan bendi dan tomato, tambahkan sedikit air dan biarkan bendi dan tomato lembut, masukkan garam secukup rasa.
Masukkan ikan parang semula dan masakkan ikan sepenuhnya barulah dipadamkan api.



Bakso Goreng





Sumber resipi: @xanderskitchen, 
Recooked / Diolah sedikit: enak rasa dari dapur kim

Bahan-bahan:
150g isi ikan kakap (guna jenahak)
100g isi udang kapas (guna sotong)
2 ulas bawang putih
1 batang daun bawang, ambil bahagian putih (guna yang hijau sekali)
1 biji telur
60ml air ais
2 sdm minyak goreng
1 sdm minyak bijan
1 sdt garam
1/2 sdt serbuk lada sulah
1/2 sdt gula pasir (tak bubuh)
1/2 sdt baking powder
150g tepung sagu

Caranya:
Blendkan ikan sotong dan kesemua bahan kecuali tepung sagu ke dalam food processor.
Setelah adunan halus, masukkan tepung sagu.
Proses sebentar hingga sebati.
Alihkan adunan bakso goreng ke dalam mangkuk.
Panaskan minyak di kuali.
Bentukkan adunan menjadi bulat.
Goreng sampai matang sambil dikacau sesekali.
Angkat dan toskan minyak.