Sunday, 14 June 2020

Apom Manis / Apam Lenggang






















Resepi by:@mrs.lina.thomas
Recooked by:@kim_kimberly1509
Thanks sis sedap, tanpa telur.
Bahan:
300g tepung beras
400ml santan kotak
1 sdt yis kering
100g gula pasir (tak perlu dikurangkan gula, tak sangat manis, dan jangan diganti dengan gula perang)
1 cawan air (kalau sangat pekat, tambahkan lagi air bagi cair ceroi seperti membuat kuih dadar)
1/2 sdt garam

Caranya:
Kisar kesemua bahan diatas kecuali garam.
Tuangkan kedalam mangkuk dan masukkan garam, kacau sebati. 
Rehatkan selama 2 jam. 
Panaskan kuali non stick, masukkan 1 senduk besar adunan kedalamnya. 
Lenggangkan merata dikuali. 
Tutup kuali tersebut dan biarkan selama 2~3 minit. 
Angkat apom. Ulang proses yang sama hingga habis. 

Nota: kalau nak style yang gulung,  masuk 1/2 senduk besar adunan, pakai kuali non stick yang kecil. Kalau nak buat style bulat, pakai kuali kadai yang paling kecil. 
Semasa masih panas jangan diletak atas pinggan bertindih.   
Boleh dicicah dengan sos manis, kari atau sambal, ikut selera. 
Dimakan kosong pun sedap. 

Friday, 12 June 2020

Ayam Vanggey


















Resepi by: Rani Genga via rasa.my
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan masakan mengikut cara Rani Genga, cara masakan @kim_kimberly1509
Bahan:
8 ketul ayam
3 bunga cengkih
1 bunga lawang
2 pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 sdb jintan putih
1 sdb jintan manis
2 sdb serbuk kari
1 sdb serbuk cili
1 batang serai diketuk
2 tangkai daun kari
6 tangkai cili kering potong serong, cili hijau atau cili merah
4 sdb kicap manis
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak menggoreng dan menumis

Bahan kisar halus:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai

Caranya:
Panaskan minyak, goreng ayam yang telah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, hingga separuh masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan. 
Masukkan minyak menggoreng ayam tadi dalam 2 sdb. 
Tumiskan kayu manis, cengkih, bunga lawang dan pelaga sehingga wangi. 
Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing dan naik bau. 
Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. 
Masukkan kesemua rempah serbuk dan tumis sehingga rempah masak dan pecah minyak. 
Kalau kering masukkan sedikit air. 
Kacau sehingga rempah sebati dan masak. 
Tambahkan air dan biarkan kuah mendidih. 
Masukkan ayam tadi, kacau sebati dan tutup kan sebentar. 
Masukkan daun kari, cili kering/cili hijau, kicap manis dan garam secukupnya.
Kacau sehingga kuah pekat. 
Angkat dan hidangkan. 














Kerabu Telur Goreng (Spicy Star Eggs Salad)






















Resepi by:@kinkaokan
Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan:
3 biji tomato saiz kecil buang bahagian tengah dan potong panjang
1/2 biji bawang holland potong panjang
Daun saderi ambil daun saja
2 biji telur digoreng mata dan potong panjang

Bahan sos, kacau sebati:
2 sdb sos ikan
2 sdt gula perang/putih
4 biji limau nipis / limau kasturi
Cili padi merah dihiris kepedasan ikut suka

Caranya:
Masukkan telur mata yang sudah digoreng dan hiris kedalam mangkuk besar.
Masukkan tomato, bawang holland dan daun saderi.
Gaulkan perlahan.
Tuangkan sos dan gaul sayuran sehingga sos meresap dan sebati.
Hidangkan sejuk.

Saturday, 6 June 2020

Mee Goreng Ala Helena



















Resepi by:@kualihelena, thanks sis enak sangat
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan:
1 peket Mee kuning
Carrot
Sayur sawi ~ guna taugeh
Udang guna fishcake
Sotong tak ada stok
2 biji telur
Air kepala udang ~ guna air biasa
Tauhu goreng

Bahan tumis:
4 ulas bawang putih
1 sdb cili kisar

Bahan sos:
3 sdb kicap manis
2 sdb sos tiram
1 sdb sos cili
4 sdb dark soy sauce / kicap pekat ~ guna karamel sos

Caranya:
Panaskan minyak, tumis hingga bawang wangi.
Masukkan cili kisar, masak lagi hingga garing.
Masukkan carrot, kacau rata.
Masukkan bahan sos, tuangkan sedikit air rebusan kepala udang atau air biasa.
Apabila dah mendidih, masukkan mee kuning.
Pecahkan telur, gaul rata.
Akhir sekali masukkan tauhu Goreng dan sayur sawi dan gaulkan.
Hidangkan dengan Hirisan cili dan limau kasturi.

Tip @kualihelena ~ tak perlu diletak garam dan cukup rasa. Boleh letak sikit Kalu tak cukup masin.






Karipap
























Resepi by:erinsza.com, thanks sis
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sdb tepung beras
1 sdb tepung ubi kayu
1 senduk kecil minyak ~ guna 1/4 cawan minyak
Air sejuk +/- 1/4 cawan campurkan dengan secukup garam

Cara membuat kulit karipap:
Panaskan minyak sehingga benar-benar panas. 
Campurkan kesemua tepung itu kedalam minyak panas. 
Gaulkan dengan mengguna sudip kayu sehingga berderai. 
Masukkan air garam sedikit demi sedikit sehingga tidak melekat ditangan. 
Jangan dimasukkan air lagi jika adunan dah sebati. 
Uli adunan hingga menjadi doh. 
Rehatkan selama 30 minit. 
Lepas tu bolehlah dicanai nipis dan dibentuk.






Friday, 5 June 2020

Ayam Goreng Bawang Putih Dan Sambal Gepuk Pak Gembus
























Resep by:@dellasuzura via sucenlim_ind, thanks ya kalian semua
Sambal Gepuk Pak Gembus dari @kualihelena
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan:
1 ekor ayam potong sesuai selera, cuci bersih, lumur I dendan perahan jeruk nipis dan garam, diamkan 15 menit crykemudian bilas kembali dengan air mengalir
8 siung bawang putih utuh (memarkan  tapi jangan sampai hancur)

Minyak yang banyak untuk menggoreng

Bumbu yang dihaluskan:
6 butir bawang putih
3 butir bawang merah
2 sdt ketumbar sangrai
Seruas kunyit
Seruas jahe

Bumbu tambahan:
2 sdt tepung maizena
1 sdb saus tiram
2 sdt baking powder
Garam dan kaldu bubuk secukupnya

Caranya:
Dalam wadah, masukkan ayam dan bumbu halus aduk dan remas hingga rata. 
Masukkan bumbu tambahan iatu tepung maizena, saus tiram, baking powder, garam dan kaldu. 
Aduk-aduk rata kembali. 
Diamkan ayam selama 30 menit hingga meresap. 
Panaskan minyak yang banyak. 
Siapkan bawang putih yang sudah dimemarkan beri sedikit taburan garam. 
Kemudian goreng bawang putih sampai matang, crispy, angkat dan tiriskan. 
Kemudian goreng ayam memakai minyak bekas goreng bawang putih tadi sampai ayam terendam dan matang. 
Tiriskan, sajikan hangat. 



















Sambal Gepuk Pak Gembus
Resepi by:@kualihelena
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan:
30 biji cili padi hijau
10 cili hijau
3 ulas bawang putih
1 sdb kacang tanah goreng
1/2 sdb minyak bijan
Garam gula 
Dan petisa
Minyak panas

Caranya;
Tumbuk cili, bawang putih dan kacang hingga halus.
Masukkan gula, garam dan seasonings.
Masukkan minyak bijan.
Masukkan minyak panas berasap, gaul rata.
Hidangkan dengan ayam gepuk.
Saya hidangkan bersama ayam goreng bawang putih.

Apam Perlis / Apam Puri / Apom Kastard




















Resepi by:@nurui_pan
Recooked:@kim_kimberly1509
Bahan Inti Kastard:
2 biji telur
80g gula ~ guna gula perang 80g
Secubit garam
20g tepung kastard
200ml santan
1 sdb pes jagung double lion ~ tak letak

Cara memasak inti:
Didalam mangkuk, satukan telur, gula dan garam, pukul hingga sebati dan campurkan tepung kastard dan kacau rata.
Masukkan santan serta pes jagung dan kacau sebati.
Tuang adunan dalam periuk dan masak dengan api sederhana.
Sentiasa kacau hingga kastard menjadi pekat, tutup api. Sejukkan.

Bahan Kulit:
150g tepung gandum
250ml jus pandan.
1 sdt Eno biasa / sepeket tanpa perasa

Cara membuat kulit:
Satukan kesemua bahan-bahan kecuali Eno, kacau sebati.
Masukkan Eno dan kacau, ia akan berbuih dan rehatkan 5 minit.
Panaskan non stick pan dan sapukan sedikit minyak dengan daun pandan atau tisu.
Letakkan sesenduk kecil adunan (bulat macam pancake) dan masak hingga permukaan kering, tidak perlu diterbalikkan.
Angkat dan Ulang proses yang sama untuk pancake seterusnya.
Sementara menunggu pancake yang seterusnya masak.
Letak sesudu kecil penuh inti  keatas pancake, lipat menjadi semi-bulatan dan perlahan-lahan tekan keliling untuk lekatkan.
Kena buat masa pancake masih panas atau suam.
Buat sampai habis untuk pancake seterusnya.

Nota:
Bahan inti diatas boleh menghasilkan 24 keping apam Perlis.
Bahan kulit diatas boleh menghasilkan 10 ~ 12 keping apam Perlis, boleh ganda kan bahan kulit untuk mendapatkan 24 keping.
Guna loyang kecil, jika tiada gunakan pan biasa dan buat macam pancake.