Friday, 17 July 2020

Nasi Kuning





Resepi by:@kim_kimberly15 
Bahan-bahan:
1 pot beras basmathi, rendam dengan air garam (guna cawan yogurt untuk menyukat beras dan air) 
2 helai daun pandan
1 batang serai, ketuk
1 cawan air kunyit, dibancuh dengan 1 sdk serbuk kunyit 
1/2 cawan air / santan
Garam dan perisa 
1 sdb minyak sapi

Bahan-bahan tumis:
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 bunga cengkih
2 buah pelaga

Bahan-bahan blend:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1" halia

Caranya:
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. 
Masukkan bahan blend, kacau sehingga wangi. 
Masukkan air dan santan atau pun menggunakan air saja. 
Kacau, masukkan daun pandan, serai, garam dan perisa. 
Kacau sehingga mendidih dan padamkan api dapur. 
Masukkan beras kedalam air yang mendidih tadi dan tuangkan kedalam periuk nasi. 
Tanak beras hingga hampir masak, kacau dengan garpu secara perlahan untuk meleraikan nasi. 
Bila air dah kering, masukkan 1 sdb minyak sapi atau yogurt kedalam nasi. Tak perlu dikacau. 
Hidangkan bersama taburan daun ketumbar, daun bawang dan bawang goreng. 



Sambal Goreng Jawa






Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
1 paket tempe, potong kecil
1 keping tauhu, potong kecil
1 keping cendawan kuping, rendam dan hiris
6 helai bunga lily kering, rendam dan simpul
7 batang kacang panjang, hiris serong
1 batang serai hiris halus dan serong
1 batang cili merah hiris serong
Minyak menggoreng dan menumis
Sedikit air / santan
1 sdb kicap manis
Garam dan perisa

Bahan-bahan blend:
1 sdb udang kering
2 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih

Caranya:
Panaskan minyak dikuali, goreng tempe dan tauhu berasingan sehingga kekuningan. 
Angkat dan toskan minyak. 
Masukkan kacang panjang dan cili merah, goreng kilas hingga berubah warna, angkat dan toskan minyak. 
Keluarkan minyak menggoreng tadi dan tinggalkan dalam 1 sdb minyak untuk menumis rempah. 
Masukkan bahan rempah blend dan tumis hingga wangi, masukkan serai dan kacau sebati. 
Masukkan sedikit air/santan dan kacau sehingga mendidih. 
Masukkan kesemua sayuran cendawan kuping, bunga lily, kacang panjang, cili merah, tempe dan tauhu. 
Masukkan kicap manis, garam dan perisa. 
Kacau sehingga sebati dan sayuran masak. 
Angkat dan hidangkan. 










Wednesday, 15 July 2020

Mee Sanggul Goreng Kicap





Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan: 
3 paket Mee Sanggul rendam selama 5 minit
2 keping fish cake hiris
7 cendawan Tiram hiris
1 batang daun bawang hiris
3 ulas bawang putih cincang halus
1 biji tomato
Minyak 
Garam dan perisa jika perlu
Air sedikit

Bahan-bahan sos, sebatikan:
1 sdm kicap manis mee
1 sdm sos tiram
1 sdm sos cili
1 sdm sos tomato

Caranya:
Panaskan sedikit minyak. 
Masukkan bawang putih, kacau hingga layu, masukkan fishcake dan tomato. 
Kacau sehingga tomato hancur sedikit. 
Masukkan cendawan Tiram, kacau sehingga menjadi sedikit pekat. 
Masukkan bahan sos, kacau dan bila dah mendidih masukkan mee sanggul. 
Kacau sehingga mee menjadi lembut. 
Kalau kurang garam masukkan sedikit garam dan perisa juga sedikit air. 
Kacau sehingga semuanya sudah sebati. 
Sebelum dipadamkan api dapur, masukkan daun bawang, gaul rata dan hidangkan. 

Sunday, 12 July 2020

Ayam Cah Kacang Buncis






Resepi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 peha dan 1 kepak potong kecil
Segenggam kacang buncis hiris
1 biji tomato dibelah 4 atau 6
2 biji tomato ceri dibelah 2
Daun bawang hiris panjang 
Daun ketumbar
3 ulas bawang putih cincang
3 biji cili padi merah hiris
3 biji cili padi hijau hiris
1 batang serai hiris halus
1 sdb sos tiram
1 sdt sos ikan
Air secukupnya
Minyak menumis
Garam dan perisa jika perlu

Caranya:
Masukkan 1/2 sdb minyak kedalam kuali, panaskan minyak. 
Masukkan bawang putih dan kacau hingga layu. 
Masukkan kacang buncis, kacau hingga kacang buncis bertukar warna. Angkat dan ketepikan. 
Gunakan kuali yang sama, masukkan 1 sdb minyak, panaskan. 
Masukkan bawang putih tumis sehingga layu. 
Masukkan cili padi, kacau sebati. 
Masukkan serai dan kacau sebati, masukkan tomato dan kacau hingga hancur sedikit. 
Masukkan air secukupnya, masukkan sos tiram dan sos ikan, kacau hingga mendidih. 
Masukkan ayam, kacau sebentar dan tutup dengan penutup kuali. 
Masak sehingga ayam empuk dan sos menjadi pekat sedikit. 
Kalau kurang rasa, masukkan garam dan perisa secukupnya. 
Masukkan kacang buncis tadi, kacau hingga sebati. Padamkan api dapur. 
Tidak perlu dimasak lama kerana buncis tadi sudah dimasak. Cukup semuanya digaul sebati. 
Hidangkan bersama nasi putih panas-panas



 

Pancake Gebu Gebas


Resepi by:sitinorzianataib via www.rasa.my
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum 
1 cawan susu segar / susu full krim / susu cair
1 1/2 sudu gula ~ guna 1 sdb gula perang
1/2 sdt garam ~ saya tambah
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanila
1 biji telur
2 sdb minyak jagung / mentega yang dicairkan / minyak masak ~ guna minyak zaitun

Caranya:
Satukan kesemua bahan diatas dalam bekas.  Kacau rata sehingga tepung tidak berketul-ketul. 
Biarkan dalam 10 ~ 15 minit bagi adunan naik gebu sedikit. 
Cedukkan adunan kedalam kuali non stick, tak perlu diglis minyak pada kuali non stick dan guna api sederhana. 
Bila permukaan pancake telah timbul lubang-lubang kecil/berongga, balikkan pancake. 
Tunggu seketika barulah diangkat pancake. 
Nota:
1 adunan boleh buat dalam 8 keping. 
Masa memasak setiap pancake dalam 2 minit. 
Beh dimakan dengan madu, maple sirap, mentega, buah-bahan, ais krim dan sebagainya. 
Boleh digandakan atau kurangkan sukatan bahan. 






Thursday, 9 July 2020

Ayam Masak Asam






Sumber resepi:my resepi.com
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan, digaul sebati:
1/2 keping ayam, potong kecil
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan tumis, dikisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2" halia
1/2" lengkuas
1 sdt jintan manis sangaikan

1 batang serai ketuk
20 biji cili padi potong 2
1 biji bawang merah besar hiris
2 sdb pati asam jawa
Garam 
Perisa
Gula palm

Caranya:
Panaskan minyak, goreng ayam sehingga kekuningan (tak perlu garing).  Angkat dan ketepikan. 
Gunakan minyak menggorengoreng ayam tadi dalam 3 sdb. 
Tumiskan bahan kisar dan serai hingga kekuningan. 
Masukkan cili padi, bawang besar, ayam dan air asam. 
Perasaan dengan garam dan gula secukup rasa. 
Kacau dan tutup dengan penutup. 
Masak hingga ayam pekat sedikit. 
Siap dihidangkan. 




Thursday, 2 July 2020

Sup Ikan Siakap Lada Hitam











Resepi by: Ryna Kharysta via www.rasa.my
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar, bersihkan dengan jus limau nipis, gaulkan dengan sedikit garam
1" halia hiris
1 keping asam keping
1 sdb sos ikan
1 sdt perencah sup
1 batang serai diketuk
Garam dan perisa secukupnya

Bahan-bahan ditumbuk lumat:
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah kecil
1" halia 
1/2 sdt biji ketumbar* sangai
1/2 sdt biji jintan manis*
1/2 sdt biji jintan putih
1 sdt biji lada hitam
Sedikit lengkuas (pilihan) 

Bahan-bahan tumis:
1 batang kulit kayu manis
2 cengkih
2 bunga lawang

Bahan-bahan sampingan:
Daun bawang hiris
Daun sup hiris
Bawang holland belahkan
Bendi
Bawang goreng

Caranya:
Panaskan sedikit minyak masukkan Rempah penumis. 
Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan serai ketuk. 
Tumis hingga naik bau. 
Tambahkan air anggaran dalam 2 cawan, sesuai dengan ikan. 
Masukkan perencah sup, asam keping, garam sesuai rasa, perisa, sos ikan, hirisan halia dan hirisan bawang holland. 
Biar mendidih lama sikit, rasa dulu. 
Masukkan bendi sekali dengan ikan siakap. 
Masak antara 3 - 4 minit, tak perlu lama nanti ikan hancur. 
Masukkan tomato, masak sebentar. 
Padamkan api, masukkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. 
Jika suka kuah yang masam sedikit, perahkan jus limau. 
Siap dihidangkan.