Sunday, 26 July 2020

Ayam Meraung & Sos Cicah Ala Thai




Resepi by:@majalahpama.my ~ Puan Sarina Seman
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
Daging / ayam diperap selama 3 jam:
Daging / 1 keping ayam
2 akar ketumbar, ditumbuk lumat
1 ulas bawang putih
Sos ikan
Kicap pekat ~ guna kicap manis
Lada sulah / lada hitam ~ guna 1sdt biji lada hitam, tumbuk lumat

Caranya:
Blend semua, saya tumbuk. Lumurkan pada daging/ayam. Perapkan sekurang-kurangnya selama 3 jam. 
Keluarkan 30 minit sebelum dimasak. 
Untuk masak, panaskan kuali non stick pan.  Letak minyak sedikit, Bakar dengan api kecil sehingga masak. 

Bahan-bahan sos:
Sos ikan
Air asam jawa 
Perahan limau nipis
Gula kabung/nisan Thai
Serbuk cili kisar
Daun ketumbar, cincang
Akar ketumbar, cincang
Cili padi, cincang
Bawang merah, cincang
Bawang putih, cincang

Caranya:
Campurkan kesemua bahan sos, perasakan. 


Jangan Pedes


Resepi by:@dianayu
puspitasari via @masakan_favorit
Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
5 buah / berat dalam 200gm tahu putih
1 buah ubi kentang potong
259gm kikil atau kulit sapi ~ guna ayam bertulang dan kulit ayam yang dibuang lelemak, kemudian dicuci bersih dan rendamkan dengan air panas. Lalu digoreng sehingga garing dan toskan minyak
15 buah cabe rawit hijau
3 buah daun bawang, potong
250ml santan cair 
1 sdt gula merah ~ tak bubuh
Garam dan perisa

Bumbu:
5 butir bawang merah, haluskan
4 siung bawang putih, haluskan
3 buah cabe merah, haluskan
7 buah cabe rawit, haluskan
1 ruas kunyit, haluskan
1 ruas lengkuas, geprek 
1 lembar daun salam ~ guna daun bay kering

Caranya:
Goreng tahu yang sudah dipotong-potong. 
Jika suka boleh goreng separuh matang, tiriskan. 
Tumis semua bahan bumbu. 
Masukkan santan, tunggu hingga mendidih. 
Masukkan kesemua bahan, masak hingga bumbu meresap. 
Koreksi rasa, sajikan. 


Sunday, 19 July 2020

Siakap Masak Kari Merah Thai Berkeju







Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
Sekeping ikan siakap, bersihkan dengan jus limau. Potong kulit ikan dengan berhati-hati dan rendam dengan air garam selama 10 minit, toskan dan lap kering airnya. Taburkan serbuk lada hitam kasar. Belahkan ikan siakap kepada 2 bahagian. Gaulkan dengan garam dan serbuk lada hitam kasar secara perlahan. 
Minyak menggoreng secukupnya

Bahan-bahan sos:
1 sdb pes kari merah Thai
1 sdt gula palm
1 ulas bawang putih cincang halus
Santan secukupnya, ikut kepekatan dan kuah yang diingini
Sedikit keju cheddar / 1 sdb keju cheddar yang disiat
Garam jika perlu

Caranya:
Menggoreng kulit siakap:
Masukkan minyak secukupnya dan panaskan minyak. 
Masukkan kulit siakap kedalam minyak panas. Guna api dapur yang kecil kerana kulit ikan mudah hangus. 
Goreng sehingga kekuningan dan garing. Angkat dan toskan minyak. 
Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng isi ikan sehingga masak. 
Angkat dan ketepikan. 
Jangan dibalikkan ikan dengan cepat, kerana ikan akan mudah hancur. 

Cara memasak Kuah kari merah:
Masukkan pes kari merah dan bawang putih kedalam periuk/kuali. 
Kacau selama 3 minit. 
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak. 
Masukkan gula palm. 
Bila kuah sudah masak, padamkan api dapur. 
Masukkan keju cheddar, kacau sehingga cair. 
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.



Saturday, 18 July 2020

Popia Basah




















Resepi by:@nurui_pan via @kualihelena 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan sos:
1/2 cawan sos hoisin
2 ~ 3 sudu besar cili kisar, pedas ikut suka
15 biji buah kurma rendam dengan 1 cawan air panas
1/2 cawan gula perang

Cara memasak sos sapuan:
Buang biji kurma, kisar halus. 
Dalam periuk masak cili dan kurma selama 10 minit, kacau sentiasa. 
Selepas 10 minit masukkan sos hoisin dan gula perang. 
Kacau hingga gula larut, ketepikan. 

Bahan untuk kulit popia:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar cuka ~ guna 1 sudu besar
Sedikit garam
1 biji putih telur
Anggaran air dalam 1 1/2 cawan

Cara membancuh adunan kulit popia:
Campur kesemua bahan kulit kedalam mangkuk, gaul rata dan perapkan selama 1/2 jam. 
Selepas 1/2 jam, panaskan kuali non stick tanpa minyak dengan api yang perlahan. 
Guna brush silicone untuk menyapu adunan pada kuali non stick. 
Angkat dengan penyepit bila permukaan atas kulit popia tiada tepung mentah. Jangan dimasak terlalu lama nanti kering. 
Kulit yang sudah siap dibalut dengan kitchen towel yang lembab, untuk kekal lembut. 

Bahan-bahan inti:
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
Timun
Sengkuang 
Carrot
Kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk kasar
Bawang goreng

Cara memasak inti:
Sagat timun, sengkuang dan carrot, boleh guna food processor. 
Perah sayuran supaya kurang berair. 
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau, masukkan semua sayuran hingga air sayuran kering. 
Masukkan sos tiram, gaul hingga sebati. 

Cara penyediaan:
Sapukan bahan sos keatas kulit popia. 
Letak inti dan taburkan 
Kacang tanah dan bawang goreng
Gulung kemas dan siap untuk dihidangkan





Friday, 17 July 2020

Ayam Kismis








Resipi by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 keping ayam dipotong kecil
Daun kari
2 biji tomato dicincang
1/4 cawan Kismis dicincang
1 biji lemon, ambil jus dan hiris halus kulitnya
1 sdb cili boh
1 batang kayu manis
2 biji pelaga
1 bunga lawang
2 sdb kicap pekat karamel
1 sdt serbuk jintan putih
1 sdt teh biji jintan manis
2 sdb minyak sapi

Bahan-bahan diblend halus:
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah kecil
1" halia
8 biji kacang gajus

Caranya:
Panaskan minyak sapi. 
Tumiskan kayu manis, pelaga, bunga lawang dan jintan manis. 
Masukkan cili boh, kacau hingga bau mentah cili hilang. 
Masukkan serbuk jintan putih, kacau. 
Masukkan tomato, kacau sehingga air tomato kering. 
Masukkan Kismis dan kulit lemon, kacau sebati. 
Masukkan kicap pekat karamel. 
Masukkan ayam dan bahan blend, kacau sebati. 
Masukkan jus lemon, garam dan perisa secukupnya. 
Tutup, kacau sesekali. 
Masukkan daun kari, gaul rata. 
Bila ayam dah empuk boleh lah diangkat dan hidangkan. 






Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok




Resepi by:Puan NorHafizan Ezan Sulaiman via daridapur.com 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan, perapkan dalam 30 minit:
8 ~ 10 ketul ayam dipotong kecil, nak sedap pilih bahagian bertulang, cuci dan lumur untuk membuang lendir dan hanyir. 
1 sdb serbuk kunyit
1 sdt garam

Cara memerap ayam:
Ayam yang sudah dibersih, toskan airnya. 
Lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam, gaul sebati. 
Selepas 30 minit, panaskan minyak. 
Goreng ayam dengan api sederhana hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan minyak. 

Bahan-bahan rempah tumis, tumbuk kasar:
2 1/2 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
5 ~ 7 biji cili padi
1/2" halia
12 ~ 15 daun kari
3 sdb sos tiram
4 sdb kicap manis

Caranya:
Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, halia dan cili Burung. 
Kalau nak sedap jangan dikisar dengan mesin. 
Ambil minyak goreng ayam tadi dalam anggaran 1/2 senduk, panaskan. 
Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga layu. 
Baru dimasukkan daun kari bersama sos tiram, kacau sebati. 
Masukkan kicap manis, kacau sebati. 
Kemudian masukkan ayam goreng tadi, kacau sebati. 
Jangan dimasukkan air. 
Gaul sebati dan kacau sehingga kicap melekat dan terpalit elok pada bahagian ayam. 
Tak perlu ditambah garam dan gula kerana sos tiram telah masin dan kicap telah manis. 
Bila dah sedikit kering boleh lah ditutup api. 
Hidang dengan nasi panas atau nasi Goreng. 


Daging Kambing Malbari 1 kg





Resepi by: www.rasa.my
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 kg daging kambing potong kecil
1/2 botol kicap kipas udang
3 bungkus kerisik atau 5 ~ 6 sdb kerisik
Gula melaka dalam 2 keping, masak dengan sedikit air dan tapiskan

Bahan-bahan kisar:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
3 sdm biji ketumbar
1 sdm biji jintan putih
2 sdm biji jintan manis
Segenggam cili kering
5 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2" halia

Caranya:
Goreng kesemua bahan kisar kedalam kuali tanpa minyak dan api kecil sehingga wangi. 
Kemudian kisar kesemua bahan ini. 
Satukan bahan kisar bersama daging dan kicap manis. 
Kacau sebati dan perapkan selama 1 ~ 2 jam. 

Selepas diperap, masukkan sedikit minyak dikuali. 
Tumiskan daging yang diperap tadi. 
Masukkan secukup air. 
Masak sehingga daging lembut. 
Jika daging masih lagi liat tambahkan air sehingga lembut. 
Seterusnya masukkan kerisik, garam dan perisa. 
Masak sehingga kuah pekat dan menyaluti daging. 
Hidangkan bersama nasi.