Friday, 17 July 2020

Daging Kambing Malbari 1 kg





Resepi by: www.rasa.my
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
1 kg daging kambing potong kecil
1/2 botol kicap kipas udang
3 bungkus kerisik atau 5 ~ 6 sdb kerisik
Gula melaka dalam 2 keping, masak dengan sedikit air dan tapiskan

Bahan-bahan kisar:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
3 sdm biji ketumbar
1 sdm biji jintan putih
2 sdm biji jintan manis
Segenggam cili kering
5 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2" halia

Caranya:
Goreng kesemua bahan kisar kedalam kuali tanpa minyak dan api kecil sehingga wangi. 
Kemudian kisar kesemua bahan ini. 
Satukan bahan kisar bersama daging dan kicap manis. 
Kacau sebati dan perapkan selama 1 ~ 2 jam. 

Selepas diperap, masukkan sedikit minyak dikuali. 
Tumiskan daging yang diperap tadi. 
Masukkan secukup air. 
Masak sehingga daging lembut. 
Jika daging masih lagi liat tambahkan air sehingga lembut. 
Seterusnya masukkan kerisik, garam dan perisa. 
Masak sehingga kuah pekat dan menyaluti daging. 
Hidangkan bersama nasi. 

No comments:

Post a Comment