Friday 17 July 2020

Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok




Resepi by:Puan NorHafizan Ezan Sulaiman via daridapur.com 
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan, perapkan dalam 30 minit:
8 ~ 10 ketul ayam dipotong kecil, nak sedap pilih bahagian bertulang, cuci dan lumur untuk membuang lendir dan hanyir. 
1 sdb serbuk kunyit
1 sdt garam

Cara memerap ayam:
Ayam yang sudah dibersih, toskan airnya. 
Lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam, gaul sebati. 
Selepas 30 minit, panaskan minyak. 
Goreng ayam dengan api sederhana hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan minyak. 

Bahan-bahan rempah tumis, tumbuk kasar:
2 1/2 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
5 ~ 7 biji cili padi
1/2" halia
12 ~ 15 daun kari
3 sdb sos tiram
4 sdb kicap manis

Caranya:
Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, halia dan cili Burung. 
Kalau nak sedap jangan dikisar dengan mesin. 
Ambil minyak goreng ayam tadi dalam anggaran 1/2 senduk, panaskan. 
Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga layu. 
Baru dimasukkan daun kari bersama sos tiram, kacau sebati. 
Masukkan kicap manis, kacau sebati. 
Kemudian masukkan ayam goreng tadi, kacau sebati. 
Jangan dimasukkan air. 
Gaul sebati dan kacau sehingga kicap melekat dan terpalit elok pada bahagian ayam. 
Tak perlu ditambah garam dan gula kerana sos tiram telah masin dan kicap telah manis. 
Bila dah sedikit kering boleh lah ditutup api. 
Hidang dengan nasi panas atau nasi Goreng. 


No comments:

Post a Comment