Sunday, 19 July 2020

Siakap Masak Kari Merah Thai Berkeju







Resepi by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
Sekeping ikan siakap, bersihkan dengan jus limau. Potong kulit ikan dengan berhati-hati dan rendam dengan air garam selama 10 minit, toskan dan lap kering airnya. Taburkan serbuk lada hitam kasar. Belahkan ikan siakap kepada 2 bahagian. Gaulkan dengan garam dan serbuk lada hitam kasar secara perlahan. 
Minyak menggoreng secukupnya

Bahan-bahan sos:
1 sdb pes kari merah Thai
1 sdt gula palm
1 ulas bawang putih cincang halus
Santan secukupnya, ikut kepekatan dan kuah yang diingini
Sedikit keju cheddar / 1 sdb keju cheddar yang disiat
Garam jika perlu

Caranya:
Menggoreng kulit siakap:
Masukkan minyak secukupnya dan panaskan minyak. 
Masukkan kulit siakap kedalam minyak panas. Guna api dapur yang kecil kerana kulit ikan mudah hangus. 
Goreng sehingga kekuningan dan garing. Angkat dan toskan minyak. 
Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng isi ikan sehingga masak. 
Angkat dan ketepikan. 
Jangan dibalikkan ikan dengan cepat, kerana ikan akan mudah hancur. 

Cara memasak Kuah kari merah:
Masukkan pes kari merah dan bawang putih kedalam periuk/kuali. 
Kacau selama 3 minit. 
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak. 
Masukkan gula palm. 
Bila kuah sudah masak, padamkan api dapur. 
Masukkan keju cheddar, kacau sehingga cair. 
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.



No comments:

Post a Comment