Sunday, 30 December 2012

Pandan Chiffon, Happy New Year 2013



Source: Sonia Nasi Lemak Lover
Ingredients:-
5 egg yolks (Medium size 'B')
20g sugar (Castor sugar)
60g water + 20g homemade pandan paste (Pandan paste)
80g Corn Oil (Corn oil + Sunflower oil)
125g Cake flour (Self Raising Flour)

5 eggs whites
90g sugar (Castor sugar)
1/2 tsp lemon juices or 1/2 tsp cream of tartar (1/2 tsp lime juices)

Method:-
Lightly whisk egg yolks and sugar till combined.
Add in water, homemade pandan paste and corn oil, mix well.
Add in cake flour, stir and fold till well combine.
Whisk egg whites and lemon juices till foamy, slowly add in sugar and continue beat until soft peak formed.
Take 1/3 of meringue and use a hand whisk to mix well with egg yolks batter.
Fold in 2/3 of meringue and use a spatula, fold with egg yolk batter till combined.
Pour into chiffon tin, bake at pre-heated oven at 160C (fan-forced) for 40-45 minutes.
Once baked, turn your chiffon tin upside down and cool completely before remove from the tin.

Sugar level is just perfect, do not grease on chiffon tin, just pour the batter into chiffon tin.
A healthy chiffon cake with coconut milk, yet so simple and easy method.. 



Saturday, 29 December 2012

Manisan Bebola "Tang Yuan:


Bahan-bahan:-
Tepung pulut
Sedikit air panas, tuang sehingga boleh menguli adunan, pastikan tidak tercelur tangan
Pewarna kegemaran

Bahan-bahan sirap:-
Gula melaka
Halia sedikit diketuk
Serai diketuk
Teabag (Green tea / Jasmine tea) - jika suka
Air secukupnya


Caranya:
Masukkan tepung pulut dalam mangkuk, masukkan pewarna dan air panas sedikit demi sedikit sehingga boleh menguli dan jadikan doh yang lembut.  Rehatkan selama 30 minit.
Bentukkan bulat dan ketepikan.
Jerangkan air panas di periuk dan masukkan bebola kedalam periuk, apabila timbul  ke atas bolehlah diangkat dan rendamkan di air sejuk.

Untuk membuat air gula/sirap:-
Masukkan air secukupnya diperiuk dan masak sehingga mendidih.
Masukkan gula melaka, halia dan serai dan masak sehingga gula melaka cair.
Angkat dan hidangkan bersama bebola "Tang Yuan".

Kek Coklat Amerika











Resipi: Chef Zubaidah (Jamuan Kek)

Bahan-bahan:-
250g mentega
200g-250g gula kastor (resipi asal 300g)
1 sudu besar ovalette
4 biji telur (Kim guna saiz B)
250g tepung naik sendiri diayak
1 sudu teh serbuk penaik (tak perlu diayak)
1 sudu teh soda bikarbonat (tak perlu diayak)
80g serbuk koko
100g susu perisa coklat
1 sudu besar emulco coklat
Sedikit kepingan badam untuk hiasan 

Caranya:
Pukul mentega, gula kastor dan ovalette sehingga sebati.
Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
Masukkan tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk koko, gaulkan sehingga sebati.
Masukkan susu perisa coklat dan emulco coklat, gaulkan sehingga rata.
Tuangkan adunan ke dalam acuan berukuran 8" dan taburkan kepingan badam diatasnya.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam atau sehingga masak apabila dicucuk dengan lidi keluar bersih bolehlah dikeluarkan dari ketuhar.

Di dalam buku masakan Jamuan Kek oleh Chef Zubaidah banyak resipi-resipi kek yang mudah untuk dibuat.
Kek Coklat Amerika ini tidak berminyak dan amat lembut. Kalau menggunakan serbuk koko yang berkualiti pasti akan bertambah enak, walaupun tak ada serbuk koko yang berkualiti itu tidak bermaksud kek ini tidak sedap cuma kata orang omphnya tiada, cubalah!!! 











Ikan Kembung Kicap Taucu












Bahan-bahan:-
Ikan kembung dibersih, goreng dan ketepikan 
Bawang putih dihiris
Serai diketuk
Lengkuas sedikit diketuk
Bawang besar dihiris
Kunyit hidup sedikit dihiris
Cili merah dipotong serong
Cili padi diketuk
Cili hijau dipotong serong
Daun kunyit disiatkan (tak ada pun tak apa)
Tauchu (pastikan tauchu tidak masin)
Kicap manis ABC
Garam jika perlu
Air asam jawa sedikit
Minyak untuk menumis dan menggoreng ikan

Caranya:-
Goreng ikan sehingga masak dan ketepikan.
Ambil sedikit minyak menggoreng ikan tadi, masukkan bawang besar, serai, lengkuas, kunyit hidup, daun kunyit dan bawang putih dan tumis sehingga wangi.
Masukkan tauchu dan kicap manis dikacau sehingga mendidih.  Masukkan kesemua cili dan air asam jawa.
Masukkan garam jika perlu.
Masak sehingga kuah mendidih bolehlah diangkat dan tuangkan pada ikan yang telah digorengkan. 

Peria Katak Dan Tempe













Bahan-bahan:-
Peria dihiris halus
Tempe dihiris panjang dan gorengkan
Minyak untuk menumis
Air sedikit
Garam secukupnya
Bawang putih dicincang

Caranya:
Panaskan minyak dikuali dan gorengkan tempe sehingga masak, angkat dan ketepikan 
Panaskan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang putih sehingga layu, pastikan api dapur kecil kerana bawang putih mudah hangus.
Masukkan peria, kacau sebentar, masukkan air sedikit, garam dan masak sehingga peria lembut.
Setelah peria lembut masukkan tempe dan kacau sebentar sehingga kering air, bolehlah diangkat.

Jangan ingat tempe tidak boleh dimasak bersama peria, cubalah baru tau kesedapan tempe bersama peria walaupun tanpa sambal pada sayur ini.
Kalau nak ceriakan masukkan cili merah dipotong serong maka tak lah pucat pada lauk sayur ini.


Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis / Sambal Udang















Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil beras Ponni - cuci dan rendamkan +/- 20 minit
2 mangkuku kecil santan (guna mangkuk yang sama menyukat beras)
Garam sedikit
Daun pandan disimpul
1" Halia - dihiris

Caranya:
Cuci beras dan rendamkan.
Masukkan santan, garam, daun pandan disimpul dan halia kedalam periuk bersama beras yang telah direndam.
Tanak sehingga kering air dan nasi masak.

Sambal Ikan Bilis:
Ikan bilis digoreng dan ketepikan
Bawang besar - dihiris dan goreng sehingga layu ketepikan
Garam secukupnya
Gula merah / perang
Minyak untuk menumis
Air sedikit / Air asam jawa 

Bahan-bahan dikisar:-
Cili kering
Cili merah
Buah keras
Bawang merah
Bawang putih
Halia sedikit jika suka

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali.
Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik minyak.
Masukkan air dan kacau sebentar, masukkan garam dan gula perang secukupnya.
Setelah hampir kering masukkan bawang besar yang telah digoreng layu tadi, kacau rata.
Padamkan api, setelah sambal sejuk bolehlah dimasukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
Tujuannya supaya ikan bilis rangup, kalau tak suka rangup boleh dimasukkan ikan bilis semasa sambal hampir kering.

Sambal Udang:
Udang dibersihkan dan layukan sekejap tanpa minyak
Minyak untuk menumis
Bawang besar dihiris
Air secukupnya
Garam secukupnya
Gula perang secukupnya

Bahan-bahan kisar:-
Cili kering
Cili merah
Bawang merah
Bawang putih
Buah keras

Caranya:
Panaskan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang besar sehingga layu.
Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga naik minyak.
Masukkan air, garam dan gula perang secukupnya.
Kacau sehingga hampir kering, masukkan udang dan masakkan udang setelah udang bertukar warna.
(Jangan memasak udang terlalu lama nanti liat).

 Kim tidak menggunakan air asam jawa pada masakan sambal.  Tetapi jika anda nak menggunakan air asam jawa pun boleh.  Beras Basmathi amat elok digantikan dengan beras Ponni pada masakan seperti nasi lemak, biryani dan sebagainya.

Sunday, 23 December 2012

Mee Kari





Bahan-bahan:
1 bungkus Mee kuning - dicelurkan sebentar
Taugeh - dicelurkan sebentar
Kerang - dicelurkan 
Cili merah dihiris
Timun - diparut 
Tauhu pok
Fish ball
Daun kari
Limau kasturi - dibelah dua
1 biji Tomato - dipotong kecil
Santan secukupnya
Kiub ikan bilis
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan rempah:
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Cili kering

Serbuk kari ayam dibancuh dengan air

Caranya:
Tumiskan bahan-bahan rempah bersama daun kari sehingga wangi.
Masukkan tomato, rempah kari dan kacau sebati.
Masukkan santan, kiub ikan bilis dan kacau sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan fish ball, tauhu pok dan garam secukupnya.
Biarkan mendidih semula barulah dipadamkan api.