Tuesday, 11 June 2019

Telur Tomato




Bahan-bahan:
Telur, dipukul dengan sedikit air
Tomato yang masak ranum
Bawang putih dicincang halus
Serbuk lada putih
Sedikit minyak
Sedikit air jika perlu
Garam secukup

Caranya:
Masukkan sedikit minyak di kuali dan dadarkan telur yang telah dipukul dengan serbuk lada putih. Angkat dan ketepikan
Atau pun tak perlu membuat telur dadar.
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan bawang putih, masukkan tomato dan kacau sebati.
Masukkan sedikit garam, kacau sebati.
Tolak ketepi tomato, masukkan sedikit minyak (jangan banyak), pecahkan telur dan bila dan sedikit masak, pecah-pecahkan telur menjadi kepingan.
Gaulkan tomato dan telur, jika perlu masukkan sedikit air, rasa dulu baru dimasukkan sedikit garam.
Angkat dan hidangkan.


Tauhu Sos Thai





Bahan-bahan:
Tauhu digoreng dan toskan
Cili padi merah + hijau, diketuk dan hiriskan
Bawang putih dicincang
Halia dihiris
Daun limau purut dihiris
Serai dihiris
Kunyit hidup dihiris
Sedikit tomato dipotong dadu
Sedikit minyak menumis
Cili pes Thai
Sos Tiram
Sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak menumis dan menggoreng

Caranya:
Masukkan minyak dikuali, goreng tauhu sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Guna sedikit lebihan minyak menggoreng tauhu, tumiskan serai, kunyit hidup, daun limau purut , cili padi sehingga wangi.
Masukkan halia, bawang putih dan tomato dan sedikit air, tumiskan dan kacau sebati.
Masukkan pes cili Thai dan sos tiram, kacau sebati.
Masukkan tauhu dan digaul sehingga rata.
Biarkan sebentar sehingga kuah meresap ke dalam tauhu.
Rasa dulu sebelum dimatikan api.
Hidangkan dengan nasi putih.


Sunday, 2 June 2019

Sayur Campuran


























Ayam Panggang Kuah Kacang Thai






Bahan-bahan:
Peha ayam

Santan
Gula perang
Kacang tanah disangai dan tumbuk kasar
Sos ikan
Air limau nipis
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak sedikit

Bahan-bahan diblend halus:
Serai
Kunyit
Lengkuas
Bawang merah
Sambal oelek
Bawang putih

Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali tumiskan bahan-bahan yang telah diblend.
Tumis sehingga wangi, masukkan kacang tanah, gula perang, santan dan sos ikan.
Masak sehingga menjadi sedikit pekat, masukkan garam, air asam jawa dan air perahan limau nipis.
Sebelum dipadamkan api pastikan dimasukkan garam secukupnya.
Sejukkan dulu baru diperapkan dengan ayam semalaman.
Keluarkan air dari peti sejuk sebentar, sebelum dipanggangkan ayam.


Pad Krapow Gai / Ayam Selasih Thai






Sumber resipi: citarasawan
Bahan-bahan:
1 keping (200gm)  dada ayam, cincang kecil
5 ulas bawang putih cincang halus
4 tangkai cili padi potong kecil
Segenggam daun selasih (Thai Basil)
2 sudu besar minyak
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos ikan ganti dengan kicap cair
1 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil kicap pekat

Bahan sampingan:
Telur mata

Caranya:-
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili padi sebentar.
Masukkan isi ayam, goreng hingga ayam masak
Masukkan sos tiram, kicap manis, sos ikan, gula dan kicap pekat.
Kacau hingga sebati.
Akhir sekali padamkan api dan masukkan daun selasih, kacau hingga layu.
Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan telur mata.






Wednesday, 22 May 2019

Pengedil Tauhu






















Bahan-bahan:
Tauhu dibelah korek isinya dan letak di mangkuk.
Ubi kentang dipotong kecil dan goreng masak, tumbuk/lenyekkan
Bawang merah kecil digoreng kekuningan
Daun bawang dihiris
Daun ketumbar dihiris
Ayam cincang digaul dengan sedikit garam dan serbuk jintan putih
Bawang putih dicincang halus
Garam
Minyak menggoreng

Salutan:
Telur dipukul

Caranya:
Goreng bawang merah sehingga kekuningan angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama guna sedikit sahaja untuk menumis bawang putih.
Masukkan ayam cincang dan kacau sebati, masakkan sehingga ayam empuk.
Masukkan hirisan daun bawang dan daun ketumbar.
Ubi kentang yang telah dilenyek, dimasukkan bawang goreng dan ayam yang telah ditumis tadi.
Gaul rata dan masukkan garam secukupnya.
Simpan dipeti sejuk sebelum menggoreng.
Masukkan isi kentang ke dalam tauhu goreng sehingga penuh.
Panaskan kuali dan goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Lebihan doh ubi kentang bentukkan bulat, salutkan dengan telur yang telah dipukul.
Goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.

Monday, 20 May 2019

Kepak Ayam Salut Thai Sos
























Bahan-bahan perapan ayam: Gaul sebati dan simpan dalam petisejuk:
Kepak ayam
Serbuk halia
Serbuk bawang
Serbuk Lada putih
Sedikit garam

Bahan-bahan ayam goreng:
Tepung gandum *
Tepung jagung *
Sedikit serbuk penaik * bertanda dipukul dengan whisk

Bahan-bahan salutan: Gaul sebati dan masak sehingga pekat, ketepikan
Sos siracha
Sos Cili Thai
Sos tiram
Gula perang
Serbuk smoked paprika
Sedikit jus kasturi/lemon
Kicap cair kurang masin
Sos ikan sedikit
Serbuk halia
Serai diketuk
1 sudu teh butter

Bijan disangai, jika suka
Minyak menggoreng ayam

Caranya:
Goreng kepak ayam sehingga masak.  Ketepikan.
Sediakan kuali, masukkan sos salutan yang telah dimasak tadi kedalam kuali.
Dengan menggunakan api yang kecil masukkan ayam yang telah digoreng kedalam kuali. (
Gaulkan sehingga sebati.
Tabur Bijan dan hidangkan panas-panas.