Friday, 14 February 2020

Apam/Lempeng Thai





Sumber resipi:@mheememhor
Bahan-bahan:-
2 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu teh yis
1 cawan gula, guna 1/2 cawan guna perang
2 cawan santan cair
2 kuning telur dipukul sehingga lembut
Sedikit minyak dan daun pandan untuk dilenser pada kuali

Caranya:-
Satukan kesemua bahan-bahan kecuali santan dan kuning telur kedalam mangkuk besar.
Kacau sebati, tuangkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang tidak berketul.
Masukkan kuning telur yang sudah dipukul.
Kacau sebati, kalau perlu tapis dulu, agar adunan tidak bergentel.
Rehatkan selama 1 jam.
Sediakan kuali non stick yang sudah dipanaskan, sapukan sedikit minyak.
Ambil 1 senduk besr adunan, masukkan kedalam kuali.
Bila adunan sudah berbuih sedikit, tutupkan sebentar.
Adunan telah masak bila permukaan tidak melekit.
Angkat dan lipatkan.
Hidangkan semasa masih panas, bila dah sejuk sedikit kering.
Ambil satu sendu 

Ayam Masak Ala Mamak Nasi Kandaq






Sumber resipi: Iza Abu Bakar FB: Resepi Sedap Mudah Buat via rasa.my
Bahan-bahan, dikisar halus:-
1 batang serai
1 biji tomato masak ranum
5 ulas bawang putih
1" halia
1 labu bawang besar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 1/2 sudu besar cili kisar

Bahan-bahan tumis:-
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 biji pelaga

Bahan-bahan lain:-
Ayam
Serbuk kunyit
Kicap manis secukupnya
1 batang rosemary segar, tak letak tak ada stok
Garam
Minyak menumis
Sedikit daun ketumbar
Sedikit air

Caranya:-
Bersihkan ayam, toskan dan lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
Guna minyak menggoreng ayam tadi dalam 1 sudu besar, tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan biarkan sehingga naik bau dan cili masak.
Masukkan kicap manis dan biar mendidih seketika.
Masukkan ayam goreng dan masak sehingga ayam empuk.
Setelah mendidih masukkan rosemary dan garam dan gula.
Saya tak letak gula sebab tak suka manis, Seimbangkan rasanya.
Kalau kuah agak pekat masukkan sedikit air.
Masukkan daun ketumbar dan hidangkan dengan nasi panas.

Lempeng Cili Segar





Bahan-bahan:-
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/4 cawan susu cair
1 biji telur dikocok
Sedikit garam
1 sudu besar mentega/margerine
Sebelah cili merah dicelur dan dipotong halus
Sebelah cili hijau dicelur dan dipotong halus
(Nota: cili dicelur supaya tak ada bau mentah cili)

Caranya:-
Masukkan kesemua bahan-bahan diatas ke dalam mangkuku besar, kacau sebati sehingga tidak berketul.
Nak tapiskan pun boleh, tapikan tapiskan adunan dulu baru dimasukkan hirisan cili.
Sapukan sedikit mentega di kuali non stick, panaskan sebentar.
Masukkan adunan dalam 1 senduk besar dan lenggangkan.
Angkat bil tiada tepung mentah dipermukaan atau bila disentuh tak melekit.
Buat sehingga habis.




Queenie's Sweet & Spicy Roasted Chicken







Recipe: Queenie via phonghongbakes.blogspot.com
Ingredients:-
3 chicken legs, thigh, drumstick separated

Marinade:-

1 tbsp coriander powder
1 tbsp cumin powder
1 tbsp fennel powder
1 tsp chili powder or chili flakes or blackpeppers
1/2 tsp turmeric powder
1 tsp salt
4 cloves garlic pounded
1/2" ginger pounded
3 tbsps honey
2 tbsps cooking oil
Juice from 1 lime

Method:-
Mix all the marinade ingredients together.
Taste and adjust for seasonings. Add chicken to the marinade and coat well.
Marinate for at least 4 hours or overnight.
Take marinated chicken out from the fridge and bring to room temperature.
Pre-heat oven to 180C.
Place chicken pieces on a lined baking tray.
For the thigh, place it skin side down.
Roast for 30 minutes, at 20 minutes turn the chicken pieces and continue to roast until chicken is cooked and browned.

Wednesday, 12 February 2020

Kengsom @ Asam Pedas Thai








Sumber resipi: Chef Nurul Hannah via intai-intaidapurfha.blogspot.my
Bahan A:-
1 ekor ikan siakap saiz besar guna jenahak

Bahan B, dikisar halus:-
8 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering
6 biji cili padi merah
1/2" belacan bakar
1" kunyit hidup
1/2 camca teh biji lada putih
1/2 camca teh biji lada hitam
Sedikit air

Bahan C, sebagai kuah:-
4 cawan air
2 camca besar sos ikan
Sedikit garam

Bahan D:-
1/3 biji nenas dibelah 4 dan hiris tebal
Secekak kangkung, sawi, rebung atau kailan, ikut citarasa

Caranya:-
Satukan bahan B dan bahan C kedalam periuk dan rebus sehingga mendidih.
Masukkan nenas dan biarkan selama 5 minit, baru dimasukkan ikan dan perlahankan api.
Masak sehingga kuah mendidih kembali dan ikan masak sempurna.
5 minit sebelum diangkat baru dimasukkan sayur sawi/kangkung.
Siap untuk dihidangkan..



Udang Goreng Butter/Mentega




Bahan-bahan:-
Udang
Tepung goreng crispy
Air sejuk

Bahan-bahan tumis:
Daun kari
Bawang putih dicincang
Cili padi merah dicincang
Mentega

Sarang telur (sukatan 2:2:2):-
Mentega
Minyak masak
Kuning telur dipukul sebati

Caranya:-
Panaskan minyak, goreng udang dan toskan minyak, ketepikan.
Sediakan sarang telur:-
Masukkan mentega dan minyak, panaskan minyak.
Tuangkan kuning telur tinggi dengan sebelah tangan lagi satu tangan dikacau laju-laju supaya telur bersarang dan berpintal.
Tapiskan minyak dan ketepikan sarang telur.
Dengan minyak yang sama, guna sedikit minyak, tumiskan daun kari, bawang putih dan cili padi.
Tumis sehingga harum, padamkan api, masukkan udang dan sarang telur, kacau sebati.

Udang Goreng Berempah/Herba







Resipi:enakrasadaridapurkim.blogspot.com
Bahan-bahan:-
Udang saiz besar
Garam sedikit
Sos ikan
Minyak menggoreng

Bahan-bahan rempah/herba:-
Bawang besar dihiris
Bawang putih dihiris
Halia dihiris
Daun Kari
Serai diketuk dan dihiris
Daun pandan dihiris panjang
Daun limau purut dicarik
Biji ketumbar sangai
Biji jintan manis sangai
Biji jintan putih sangai
Sedikit biji sawi boleh skip

Bahan-bahan rempah :-
Cili flakes
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih

Caranya:-
Masukkan udang kedalam mangkuk yang besar.
Gaulkan udang dengan kesemua bahan-bahan diatas kecuali minyak.
Perapkan selama 1 ~ 4 jam.
Goreng udang seperti cara menggoreng ayam berempah.
Pastikan udang tidak digoreng terlalu lama.