Tuesday, 9 November 2021

Gnocchi Chinese Style





Resepi by:via youtube berbagai sumber
Recooked by:@kim_kimberly1509 
Bahan-bahan:
2 senduk tepung gandum
1 biji telur saiz kecil
Secubit garam
Secukup air suam
1/2 biji lobak merah diparut/dihiris
Sayuran hijau
1 biji telur
1 batang daun bawang dihiris
1 biji cili merah dihiris
Minyak cili
Serbuk lada sulah
Kiub ikan bilis
Air secukup
Garam secukup rasa

Caranya:
Masukkan secukup air bersama kiub ikan bilis, didihkan. 
 
Cara menyediakan Gnocchi:
Masukkan tepung dan secubit garam di dalam besen dan kacau rata dengan chopstick, pecahkan telur. 
Kacau telur bersama tepung dengan chopstick sehingga sebati. 
Tuangkan air suam sedikit demi sedikit kacau dengan chopstick sehingga menjadi adunan yang kental. 
Rehatkan sebentar. 
Ambil sedikit adunan letak di spatula berlubang, dengan menggunakan sudu kacau sehingga adunan jatuh kedalam air yang mendidih. 
Dah habis, masukkan garam dan perisa secukup rasa. Pecahkan 1 biji telur di mangkuk, kacau sebentar. 
Kemudian tuang didalam gnocchi sambil dikacau. 
Bila nak di hidang baru dimasukkan sayuran hijau. 




Monday, 8 November 2021

Ayam Panggang Masala








Resepi by: Chef Azli Razali via Tajul Ariffin via utusantv.com. Nama asal resepi Stik Masala, saya guna ayam jadi namanya Ayam Panggang Masala, sorry Chef 🙏

Recooked by:@kim_kimberly1509
Bahan-bahan:
600gm daging lembu potongan stik nipis, guna ayam
11/2 sudu besar rempah masala, guna Baba's garam masala
4 ulas bawang putih, dikisar
2 ulas bawang merah, dikisar
1/2" halia dikisar, ini saya tambah
2 ulas bawang putih dihiris
1/4 cawan yogurt 
Garam dan perisa secukup rasa
1 sudu teh minyak kelapa

Bahan-bahan sos:
1/4 cawan yogurt 
1/4 cawan susu cair
Tips saya: jika suka boleh dimasukkan sekeping cheesedale...lebih umph... 

Caranya:
Satukan kesemua bahan kecuali Bahan sos pada daging. Perapkan selama 1 jam atau semalaman. 
Panaskan minyak, grill atau panggang dikuali dengan api sederhana. 
Pastikan jangan hangus, dah masak ketepikan. 
Cara memasak sos:
Satukan yogurt dan susu dikuali, masak sehingga pekat. Jika mengguna cheesedale boleh dimasukkan, masak sehingga cheesedale cair, kacau sebati. 
Tak perlu garam dan perisa. 
Sos dah masak bolehlah di hidangkan dengan daging bersama salad. 
Saya hidangkan dengan jejari ubi kentang. 
Cara membuat jejari ubi kentang:
Potong ubi kentang panjang. Cuci bersih dan rebus separuh masak bersama garam dan cuka. 
Toskan bila dah separuh masak. 
Panaskan minyak, goreng jejari, angkat dan toskan minyak. 
Kemudian goreng sekali lagi dan toskan minyak sebelum dihidang. 



Sunday, 7 November 2021

Kari Hijau Thai






Resepi by:Kanokwan, Green Curry paste
Recooked by:enakrasadaridapurkim. blogspot
Bahan-bahan:
1 pek pes kari hijau Kanokwan 
1/2 kg ayam potong kecil
200ml santan kotak
1 cawan air
Terung pipit
Sedikit kacang buncis, kalau ada terung panjang lebih sedap
1 biji cili merah hiris
Daun basil
Daun limau purut
Gula Thai
Garam
Sedikit sos ikan

Caranya:
Masukkan santan dan pes kari hijau dikuali, kacau sebati. 
Masukkan ayam, kacau rata dan tutup kan sehingga ayam empuk. 
Tambahkan air, kacau sehingga sebati. 
Masukkan sayuran dan kacau sehingga mendidih. 
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masakkan sebentar sebelum dipadamkan air. 



Friday, 5 November 2021

Home Style Chicken Curry





Recipe by:yummyoyummy.com
Recooked by:enakrasadaridapurkim 
Bahan-bahan, gaul sebati dan perap:
1.25kgs ayam dipotong sedang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam

3~4 sudu besar minyak kelapa
1/2 sudu teh biji sawi
1 biji bawang besar, hiris nipis
1 1/2 sudu besar halia, dihiris
6 ulas bawang putih, dihiris
1 biji cili hijau, dicincang
Daun kari
1 biji tomato saiz besar, hiris atau cincang

Bahan-bahan rempah:
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar serbuk cili, boleh kurangkan jika terlalu pedas
2 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
2 ~ 21/2 sudu teh serbuk garam masala
1 ~ 1/2 cawan air panas
Garam secukup rasa

Caranya:
Perapkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaulkan dan simpan di peti sejuk selama 30 minit. 
Panaskan minyak kelapa dikuali, guna api dapur yang sedang. 
Masukkan biji sawi, tumis sehingga merecik jangan lama nanti rasa kari akan pahit. 
Masukkan bawang besar, sedikit garam, halia, nawang putih, cili hijau dan daun kari, tumis sehingga bawang besar, bertukar warna kecoklatan. 
Kecilkan api dapur, masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk ketumbar, kacau rata sehingga bau mentah hilang. 
Masukkan tomato, kacau dengan api dapur yang sedang hingga tomato hancur. 
Masukkan garam masala dan jika mengguna kepingan potongan isi kelapa boleh dimasukkan. 
Kacau sebati dan tambahkan secukup garam. 
Masukkan ayam, kacau seketika, masukkan air panas, kacau rata sehingga mendidih. 
Tutupkan dan biarkan dimasak selama 30~ 35 minit atau hingga ayam empuk dengan api dapur yang sedang hingga pecah minyak. 
Tutup api dapur, tambahkan daun kari lagi dan 1 sudu teh minyak kelapa. 
Hidangkan selepas 30 minit. 











Thursday, 4 November 2021

Mackerel Varuval






Resepi by:enakrasadaridapurkim.blogspot
Bahan-bahan:
1 tin Ayam Brand Mackerel, buangkan sos nya atau guna untuk masakan lain
4 batang kacang panjang potong kecil
2 biji tomato, dicincang 
1 biji bawang besar, dihiris 
4 sudu besar pes bawang putih dan halia
1 biji cili hijau, hiris
1/4 sudu teh biji jintan kasar
2 tangkai cili kering potong kecil
Daun kari
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/4 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam masala
Garam dan perisa secukupnya 
Daun ketumbar

Caranya:
Panaskan 2 sudu besar minyak. 
Tumiskan jintan, daun kari, bawang besar sehingga layu, taburkan sedikit garam, kacau sehingga berwarna coklat. 
Masukkan pes bawang dan halia. 
Tumis sehingga pes bawang halia hilang bau mentah. 
Masukkan tomato, kacau sehingga tomato hancur. 
Masukkan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk cili dan kacau sebati. 
Masukkan kacang panjang, gaul rata dan masukkan sedikit air. 
Masak sehingga kacang panjang empuk. 
Masukkan mackerel, garam masala dan garam secukup rasa. 
Kacau perlahan sehingga sebati. 
Perapkan sedikit jus lemon sebelum di hidang dan taburkan hirisan daun ketumbar. 





Garlic Soup







Recipe by: TNN, thanks you, more delicious than mushrooms soup with simple ingredients
Recooked by:enakrasadaridapurkim.blogspot
Sukatan:1 pax
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih, dicincang
1/2 biji bawang Holland, kalau kecil guna 1 biji, dicincang
1/2 biji ubi kentang, kalau kecil guna 1 biji, dicincang
1/4 cawan fresh cream, guna susu full cream
1/4 sudu teh jintan halus
1/2 sudu teh oregano
1/2 sudu teh chili flakes
Garam secukup rasa
1 ~ 2 cawan air
1 sudu besar virgin olive oil

Caranya:
Panaskan minyak dikuali. 
Masukkan jintan halus, tumis sehingga jintan merecik. 
Masukkan bawang besar dan kacau selama seminit. 
Masukkan bawang putih dan kacau beberapa minit. 
Masukkan ubi kentang bersama 1 ~ 2 cawan air, masukkan garam dan tutup kan, masak selama 15 ~ 20 minit atau sehingga ubi kentang empuk. 
Masukkan fresh cream, kacau rata, masakkan selama 2 minit dan padamkan api. 
Guna blender dan blend sehingga sebati. 
Masukkan semula bahan yang diblend kedalam periuk dan tambahkan air dan garam secukup rasa. Kecairan sup ikut rasa. 
Hidangkan di mangkuk sup, taburkan oregano dan cili flakes. 
Hidangkan panas. 






Saturday, 30 October 2021









Terima kasih semua, moga bertambah sihat, murah rezeki dan selamat semua😍🎂🎉😋💋💕💜🙏🙏🙏🙏🙏🙏1st Nov 2021