Friday, 5 November 2021

Home Style Chicken Curry





Recipe by:yummyoyummy.com
Recooked by:enakrasadaridapurkim 
Bahan-bahan, gaul sebati dan perap:
1.25kgs ayam dipotong sedang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam

3~4 sudu besar minyak kelapa
1/2 sudu teh biji sawi
1 biji bawang besar, hiris nipis
1 1/2 sudu besar halia, dihiris
6 ulas bawang putih, dihiris
1 biji cili hijau, dicincang
Daun kari
1 biji tomato saiz besar, hiris atau cincang

Bahan-bahan rempah:
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar serbuk cili, boleh kurangkan jika terlalu pedas
2 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
2 ~ 21/2 sudu teh serbuk garam masala
1 ~ 1/2 cawan air panas
Garam secukup rasa

Caranya:
Perapkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaulkan dan simpan di peti sejuk selama 30 minit. 
Panaskan minyak kelapa dikuali, guna api dapur yang sedang. 
Masukkan biji sawi, tumis sehingga merecik jangan lama nanti rasa kari akan pahit. 
Masukkan bawang besar, sedikit garam, halia, nawang putih, cili hijau dan daun kari, tumis sehingga bawang besar, bertukar warna kecoklatan. 
Kecilkan api dapur, masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk ketumbar, kacau rata sehingga bau mentah hilang. 
Masukkan tomato, kacau dengan api dapur yang sedang hingga tomato hancur. 
Masukkan garam masala dan jika mengguna kepingan potongan isi kelapa boleh dimasukkan. 
Kacau sebati dan tambahkan secukup garam. 
Masukkan ayam, kacau seketika, masukkan air panas, kacau rata sehingga mendidih. 
Tutupkan dan biarkan dimasak selama 30~ 35 minit atau hingga ayam empuk dengan api dapur yang sedang hingga pecah minyak. 
Tutup api dapur, tambahkan daun kari lagi dan 1 sudu teh minyak kelapa. 
Hidangkan selepas 30 minit. 











No comments:

Post a Comment