Bahan-bahan:
3 biji ubi kentang di potong baji
Garam sedikit
Daun kari
Serbuk kari ayam
Bawang besar - dihiris (jika suka tak letak pun tak apa)
Kacang pea hijua (jika suka tak letak pun tak apa
Jintan kasar
Air sedikit
Minyak
Bahan-bahan tumbuk:
4 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Caranya:
Basuh ubi kentang dan toskan kering, gaul dengan sedikit serbuk kari, kemudian digoreng bersama jintan kasar sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit minyak dari minyak diatas tadi. tumiskan bahan-bahan rempah tumbuk sehingga garing, masukkan daun kari, bawang besar, serbuk kari ayam dan garam. Tumiskan sehingga sebati, masukkan air sedikit dan kacau lagi.
Masukkan ubi kentang dan kacang pea hijau, masak sehingga kering dan angkat.