Resipi dari : Hana
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 biji telur saiz kecil
1 sudu teh gula
1/4 sudu teh air kapur (Jangan terlebih nanti pahit)
Serbuk kunyit @ Pewarna kuning
1 cawan air
Garam
Keledek / Pisang / Chempedak atau pilihan yang disukai
Caranya:
Satukan semua bahan kecuali keledek / pisang kedalam blender.
Blend lebih kurang 2 minit sehingga semuanya sebati.
Tuang ke dalam mangkuk. Sementara itu panaskan minyak.
Uji kepanasan minyak dengan merenjiskan adunan tepung ke dalam kuali.
Bila berdesir maknanya sudah cukup panas.
Celupkan keledek / pisang ke dalam adunan.
Goreng hingga keperangan.
Angkat dan toskan minyak.
No comments:
Post a Comment