Wednesday, 23 January 2013

Semprit Keju

Resipi: Resep Sajian - yang diterjemah ke BM
Bahan-bahan:
150g margerin
100g gula ising
1/4 sudu teh garam
2 biji kuning telur
1/4 sudu teh pes vanila
100g keju cheddar, diparut dan diangin-anginkan
175g tepung gandum (Resipi asal menggunakan tepung protein rendah)
30g susu tepung
30g tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh coklat pes
50g cherry merah, dipotong-potong kecil

Caranya:
Pukul margerin, gula icing dan garam selama 1 minit.
Masukkan telur kuning dan pes vanila.  Pukul rata, masukkan keju cheddar.  Kacau rata.
Masukkan tepung gandum, susu tepung dan tepung jagung sambil diayak dan dikacau rata. Bahagikan 2 bahagian adunan.  Satu bahagian dimasukkan coklat pes.  Masukkan bersama adunan ke dalam plastik segitiga.
Semprot bersama dengan spuit di atas loyang yang telah diglis dengan margerin. Letakkan cherry merah diatasnya.
Oven dengan api bawah suhu 130C selama 35 minit sehingga masak.

Kim menggunakan acuan dahlia, oleh sebab dimasukkan baking powder kesudahannya tiada bentuk bunga kah...kah.....

No comments:

Post a Comment