Sunday, 27 January 2013
Crunchy Chocolate chips cookies
Resipi : Ummi Pahang
Bahan A:
125gm butter
125gm margerin ( boleh guna 250g butter )
1 sudu besar shortening
160g gula halus ( Kim guna 100g gula halus )
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B:
230g tepung gandum ** yang bertanda ** diayak bersama
20g serbuk koko ** ( Kim guna dark chocolate powder )
100g chocolate chips ( Kim guna semi-sweet chocolate chips )
50g white chocolate chips ( boleh digantikan dengan coklat urai / chocolate rices )
50g badam cincang (roasted) ( boleh guna roasted ground almond )
50g nestum ( boleh digantikan dengan cornflakes ) ( Kim pun mengguna cornflakes yang diramas kasar )
Caranya:-
Pukul butter, margerin, shortening dan gula sehingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul rata.
Masukkan Bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu / spatula.
Sudukan adunan kecil-kecil (sebesar guli) dalam loyang (adunan akan mengembang sedikit ketika membakar).
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment