Sunday, 27 January 2013

Semperit Bunga Dahlia






Resipi: Kak Besah

1 cawan margerin ( 250 g )
1 cawan mumbung gula icing ( 150g ) / 1 cawan rata gula kisar ( 130g )
2 biji kuning telur
2 cawan rata tepung jagun @ tepung kastad ( 200g )
1 cawan rata tepung gandum ( 100g )
1 cawan rata tepung ubi ( 100g )
2 sudu teh pewarna kuning ( kalau guna tepung kastad tak payah bubuh )
1 sudu teh esen vanila
Ceri untuk hiasan & yang lain seperti coklat chips

Caranya:
Putar gula dan mentega hingga sebati, campurkan telur, esen dan pewarna. Kacau sebati jangan diputar, lebih kurang 15-20 saat.
Ayak ketiga-tiga tepung, campurkan sedikit demi sedikit bahan-bahan yang diputar sambil diuli perlahan, menjadi satu doh yang lembut, tambah tepung jagung jika masih lembik.
Sapu dulang dengan mentega, masukkan doh dalam acuan bunga dahlia @ bergerigi, pancitkan doh atas dulang, hias ikut kreativiti masing-masing.
Bakar biskut dlam oven yang telh dipanaskan terlebih dulu, suhu 150C selama +- 30 minit @ lebih @ hingga masak mengikut kebiasaan oven masing-masing.

Biskut ini sedap, lain kali tak mau memukul telur kerana biskut menjadi kembang tak nampak bentuk bunga dahlia.  Sukatan gula Kim tidak kurangkan dan cukup manisnya.



No comments:

Post a Comment