Resipi : Chef Zubaidah ~ Jamuan Kek
Bahan-bahan:
250g mentega
200g gula kastor ( Lain kali nak kurangkan sedikit dalam 190g )
220g tepung naik sendiri
5 biji telur ( Kim guna Grade C saja )
60g serbuk kok
1 sudu besar emulco kapucino
100g coklat masakan diparut
1 sudu teh soda bikarbonate
Hiasan : Kacang gajus, coklat rice dan badam kisar
Caranya:
Pukul mentega dan gula kastor
Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan tepung, serbuk kok dan soda bikarbonat.
Gaulkan sehingga rata.
Masukkan emulco kapucino dan coklat parut.
Masukkan adunan ke dalam acuan bulat berukuran 8" dan bakar selama 35 minit pada suhu 150C ( Kim bakar selama 45 minit ).
Setelah kek sejuk, potong kek kepada 2 lapisan. Sapukan lapisan kek asas dengan Krim Kapucino dan tutup dengan lapisan kek kedua.
Sapukan keseluruhan kek dengan Krim Kapucino.
Hiaskan tepi kek dengan coklat rice dan badam dan paip Krim Kapucino di atas permukaan kek.
Akhir sekali, letakkan kacang gajus di atasnya.
Krim Kapucino:
200g krim putar
100g gula aising (diayak)
1 tsp pes kapucino
Caranya:
Pukul krim putar sehingga keras dan masukkan gula aising yang telah diayak, pukul sehingga sebati.
Masukkan pes kapucino dan gaulkan sehingga sebati.
Inilah akibatnya orang yang tidak sabar dalam melakukan sesuatu kerja. Kek ku hancur sebelum sempat ku tunjukkan "bakat" menghias kek.
Walaupun tanpa krim kapucino kek ini tetap sedap. Boleh juga menggantikan coffee paste.
No comments:
Post a Comment