Saturday 5 January 2013

Spaghetti dengan sos Prego Roasted Garlic with Parmesan





















Bahan-bahan:-
Spaghetti direbus sehingga lembut bersama garam dan minyak zaitun
Sos Prego Roasted Garlic Parmesan secukupnya
Cherry tomato - dibelah dua dan separuh biarkan sebiji-biji
Isi ayam cincang
Bawang putih dicincang
Bawang besar dicincang
Cendawan segar ( Kalau tak ada yang dalam tin pun boleh seperti cendawan straw)
Garam secukupnya
Minyak zaitun sedikit
Air sedikit jika perlu
Hiasan : English Parsley

Caranya:
Masukkan minyak zaitun dikuali, tumiskan bawang besar, bawang putih sehingga lembut, masukkan isi ayam cincang dan kacau sehingga isi ayam lembut dan air sedikit, kacau sehingga masak.
Masukkan cherry tomato yang dibelah dan cendawan straw.
Masukkan sos prego secukupnya (biar lebih sos lebih sedap) kacau sehingga rata.
Masukkan spaghetti dan gaulkan sehingga sebati.
Angkat dan dihidang semasa masih panas-panas.  
Jika suka boleh tambahkan keju diatas spaghetti.




No comments:

Post a Comment