Wednesday, 23 January 2013

Crispy Lemon Corn Flakes


 

 Resipi: Fatmah Bahalwan  ( Kim terjemah ke Bahasa Malaysia )
Bahan-bahan:
275g Nestle Corn Flakes, tumbuk kasar ( Kim ramas kasar )
200g Mentega
50g Shortening / mentega putih
100g Gula Halus
150g Tepung gandum  ** diayak bersama
1 sudu besar susu tepung full cream **
2 biji kuning telur
1 sudu teh Emplex ( Optional ) - ( Lain kali Kim tak mau letak )
1 sudu teh Air Perahan Lemon
1 sudu teh Baking Powder
1 sudu besar Parutan Kulit Lemon

Caranya:
Tempatkan Corn Flakes yang telah diramas di dalam mangkuk adunan, ketepikan.
Pukul mentega, shortening dan gula halus sehingga lembut.
Masukkan telur kuning, pukul sebentar lagi, tambahkan emplek dan baking powder, pukul cepat dalam satu minit.
Tuang air perahan lemon dan kulit parutan lemon, kacau rata.
Masukkan tepung gandum dan susu tepung yang telah diayak, kacau rata.
Masukkan adunan ke dalam plastik segitiga (Piping Bag), gunting hujungnya selebar 1/2 cm.
Spuitkan diatas Corn Flakes, gulingkan, angkat dan tekan sedikit dalam loyang yang sudah disapukan mentega tipis.
Bakar dalam oven hingga masak lebih kurang 20 minit - 30 minit, suhu 150C. 

Rasa yang sedikit berbeza dengan bahan-bahan yang mudah, semasa membakar cookies haruman lemon menyelubungi rumah. 








No comments:

Post a Comment