Bahan-bahan:
2 keping Dada isi ayam, buang lemak dan kulit, dipotong kecil
Minyak untuk menumis
5 ikat (15 batang) Serai, dihiris halus dan goreng, ketepikan
Bawang merah, dihiris dan goreng, ketepikan (jika suka)
Bahan-bahan perapan ayam selama 1 - 2 jam:
Kicap pekat
Kicap manis sedikit
Sos tiram sedikit
Gula perang
Bahan-bahan diblend:
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Caranya:
Masukkan sedikit minyak dikuali, tumiskan serai sehingga garing, angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit dari minyak menumis serai tadi, masakkan ayam lebih kurang 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak yang sama memasak ayam tadi dan tumiskan bahan-bahan blend sehingga masak.
Masukkan ayam dan gunakan api yang kecil, masak sehingga ayam lembut.
Masukkan serai dan bawang merah yang telah digoreng tadi, kacau sebati.
Rasa dulu barulah boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment