Sumber: Sedap Bil. 61 Julai 2013, ketagih bila makan tak mau berhenti, tak payah simpan di toples hehehe...
Bahan-bahan:
250g kacang tanah tanpa kulit
Bahan-bahan tumis:
1/2 sudu teh minyak masak untuk menumis
80g gula pasir
1/2 sudu teh garm
60ml air
Perapan kacang tanah:
1 ulas bawang putih, kisar halus
1/2 sudu teh garam
Bahan kisar kacang:
4 biji bawang merah, kisar halus
2 ulas bawang putih, kisar halus
3 biji cili merang keriting, tumbuk kasar
Bahan pelengkap:
50g bawang putih, hiris dan goreng kering
10g daun limau purut, buang tulangnya dan hiris halus
Daun kari, Kim tambah
Caranya:
Rendam kacang tanah dalam 1 liter air mendidih. Perapkan selama 1 minit, toskan.
Masukkan perapan kacang tanah, kacau rata.
Panaskan minyak. Goreng kacang di atas api sederhana sehingga masak dan kering. Toskan minyak dan sejukkan.
Tumis bahan kisar kacan sehingga terbit aroma.
Masukkan campuran gula pasir, garam dan air. Kacau sehingga bertali.
Masukkan kacang tanah. Kacau sehingga rata.
Masukkan bawang putih goreng dan daun limau. Kacau terus sehingga kering. Angkat.
No comments:
Post a Comment