Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-bahan:
Sotong, dibersihkan dan potong kecil
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan salutan: (A)
Air Club Soda
1/2 biji telur, dipukul dengan lada sulah
Bahan-bahan salutan: (B)
Tepung roti
Serbuk bawang
Lada sulah
Serbuk jintan halus
Serbuk paprika
Serbuk cayenne
Kiub pati ikan bilis
Caranya:
Panaskan minyak secukupnya.
Salutkan sotong pada bahan-bahan A kemudian celupkan pada bahan-bahan B.
Masukkan semula ke bahan-bahan A digaul sehingga rata dan masukkan pada minyak yang telah panas.
Goreng sehingga kekuningan dan angkat, toskan minyak.
Sedap dimakan begitu atau boleh dicicah dengan sos cili mayonis, jika suka atau apa-apa sos pun sedap.
No comments:
Post a Comment