Saturday, 22 November 2014

Roti Tisu

 


Resipi: Sedap Dis 2014
Bahan-bahan:
300g tepung gandum protein tinggi
2 sudu makan tepung sus
1/2 sudu teh garam, tak bubuh
3/4 sudu teh gula pasir
1 biji telur, terlupa nak masuk
50ml minyak masak
25g mentega tawar, guna margarine
125ml air

Bahan topping:
50ml susu pekat manis, tambah serbuk coklat di bancuhkan dengan sedikit air panas, kemudian kacau sebati.  (Kalau di Indonesia ada susu pekat manis bercoklat kita di Malaysia tak ada).

Caranya:
Campurkan tepung gandum, susu tepung, garam, gula pasir, telur, minyak masak dan mentega tawar.  Kacau rata.
Tuangkan air, uli sehingga elastik.
Timbang setiap bahagian seberat 100g, bulatkan.  Biarkan selama 1 jam.
Lebarkan adunan di atas meja yang telah disapu minyak membentuk bulat.
Angkat adunan ke atas kuali pan besar.
Sapukan nipis adunan dengan mentega tawar.
Belah adunan daripada tengah ke bawah.
Setelah 3/4 masak, gulung adunan membentuk kon.
Sirakan susu pekat manis.

(Nota Kim: Mesti 3/4 masak dibelah, jikalau masak sepenuhnya nanti tak boleh nak lipat menjadi kon.
Walaupun terlupa nak masukkan telur dan menggantikan mentega ke margarine menjadikan roti tisu garing, tetapi kena makan panas-panas baru sedap menyengat).  Kalau tak mau disira dengan susu manis boleh juga digulungkan semasa masih panas dengan inti savouri)

    

No comments:

Post a Comment