Friday 7 November 2014

Peanut Kandy




Sumber: Rinn Chan, sedikit olahan dari Kim
Bahan-bahan:
300g kacang tanah, disangai, buang kulit dan kisarkan
195g susu cair Ideal
90g gula pasir
104g gula melaka
8 sudu besar serbuk koko, optional, boleh jugak dicampurkan dengan kelapa kering jika suka
1 sudu besar mentega
secubit garam

Caranya:
Kacang tanah hancur, susu cair, gula pasir, gula melaka, serbuk koko, mentega dan garam dimasukkan kedalam non stick pan.
Sentiasa dikacau sehingga likat dan kental.
Apabila bancuhan mula kering di tepi perlahankan api.
Gunakan daun pisang atau daun pandan untuk menekan bancuhan kandy.
Sekiranya tidak melekat di daun, maknanya bancuhan kandy telah siap dimasak.
Segera angkat dan tuangkan di loyang yang telah dilenserkan dengan sedikit mentega.
Tekan padat dan elok menggunakan pengelek untuk mendapatkan permukaan yang rata.
Setelah ditekan, dipotong dan biarkan di loyang sehingga sejuk.  Nanti kalau dah sejuk susah nak potong.
Bila dah sejuk barulah dipatahkan pada bahagian yang dipotong.





No comments:

Post a Comment