Friday, 21 November 2014

Mee Kari Tanpa Rempah Kari































Resipi: Enak Rasa Dari Dapur Kim
Bahan-Bahan:
Mee kuning / mee hoon, dicelur dan toskan
Sedikit minyak untuk menumis
Serai, diketuk
Daun kari
Garam

Bahan-bahan stok:
Ayam yang bertulang
Pati ayam
Air secukupnya

Stok ayam dicampurkan dengan kelapa parut dan blend, dijadikan santan yang pekat

Bahan-bahan pes, diblend:
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai

Bahan serbuk disatukan dengan sedikit air:
Serbuk ketumbar
Serbuk kunyit
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk lada sulah

Bahan-bahan sampingan:
Taugeh, dicelur dan toskan
Timun
Cili merah
Kerang, dicelur dan toskan

Caranya:
Masukkan sedikit minyak di kuali, tumiskan serai yang diketuk dan daun kari sehingga harum, masukkan bahan-bahan blend tumis sehingga garing.  
Masukkan bahan-bahan pes kacau sehingga rata dan kering. Masukkan stok ayam + santan sedikit demi sedikit dan tumis lagi sehingga sebati bahan-bahan rempah. Hati-hati jangan hangus.  
Jika kering bolehlah dimasukkan santan dan kacau sehingga rempah benar-benar masak.
Apabila rempah dah masak, bolehlah dimasukkan kesemua santan, kacau sentiasa sehingga mendidih.
Rasa garam sebelum dipadamkan api.




No comments:

Post a Comment