Sumber: Mat Gebu
Bahan-bahan:
6 biji epal hijau, bersih dan toskan, belah 6 dan buangkan bahagian tengah
15 biji asam boi putih
1/4 camca teh garam
1/3 cawan gula pasir, jika suka manis boleh tambah
3 biji limau kasturi, belah 2 buang biji
10 biji cili api thai, potong kecil
Caranya:
Sediakan botol kaca, cuci bersih dan rendam dalam air panas selama 10 minit dan toskan.
Masukkan kesemua epal ke dalam bekas besar, masukkan gula, garam, cili padi, limau kasturi dan asam boi.
Gaul rata hingga semua mesra, rasa dan jika suka manis tambah sedikit lagi gula.
Kemudian masukkan dalam botol tadi.
Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4-5 jam atau semalaman untuk rasa yang lebih ampuh, memang pun..........tak percaya cuba sendiri.
No comments:
Post a Comment