Monday, 19 September 2016
Ayam Tauchu Cili Hijau
Bahan-bahan:
3 keping dada Ayam, bersih dan potong kecil (tak mau ayam boleh guna ikan)
1 labu bawang besar, dihiris kasar
2 keping tauhu siap goreng / kacang buncis / kacang panjang ~ pilihan
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak
Air secukupnya
1 sudu teh tauchu
Bahan-bahan diblend halus:
6-7 biji cili hijau
15 biji cili api
6 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1" halia
Sedikit belacan - pilihan jika suka
Caranya:
Air dari bahan-bahan blend jangan dibuang, rebuskan air dari bahan blend sehingga mendidih, kalau air tak cukup boleh ditambah.
Masukkan ayam dan sedikit garam, masak sehingga ayam empuk.
Bila ayam hampir empuk masukkan tauhu / kacang buncis atau kacang panjang ke dalam ayam.
Angkat tauhu dan sayuran setelah masak.
Ketepikan ayam yang empuk dan sayuran.
Panaskan sedikit minyak dikuali, tumis bahan-bahan blend sehingga cili masak dan pecah minyak.
Masukkan tauchu, kacau rata.
Masukkan bawang besar yang dihiris dan kacau sehingga bawang layu.
Masukkan ayam dan tauhu atau sayuran ke dalam, kacau rata.
Rasa garam sebelum diangkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment