Sumber resipi: Fiza Lgk
Bahan-bahan A:
4 cawan stok ayam - rebuskan dengan tulang ayam sebentar (gantikan dengan 3 cawan stok ayam dan 1 cawan air kelapa)
Bahan-bahan B, digoreng tanpa minyak sebentar sahaja:
3-4 tangkai cili kering (boleh juga gunakan cili padi)
2 ulas bawang merah dipotong dua
Bahan-bahan C:
350gm isi ayam tanpa tulang dipotong 1" ~ guna tulang dan isi ayam
3 sudu besar kicap ikan atau kicap sotong
2 batang serai di ketuk dan potong 2"
1" lengkuas
5 helai daun limau purut, dicarik (buang tulang ditengahnya)
2 sudu besar air asam jawa ~ gantikan dengan jus lemon & limau nipis
200gm cendawan tiram
1 biji tomato diptong empat atau tomato cherry
3 sudu besar air limau nipis ~ tak cukup masak boleh tambah
1/2 -1 sudu teh gula tak letak
Garam secukup rasa
Beberapa tangkai daun ketumbar
Caranya:
Masakan 3 cawan stok ayam dan 1 cawan air kelapa di dalam periuk yang sederhana besar.
Sementara itu goreng tanpa minyak, cili kering (cili padi) dan bawang merah yang dibelah dua.
Bila stok ayam mulai panas, masukkan cili kering yang digoreng tadi.
Jika suka pedas, patahkan cili tersebut terlebih dahulu (cili menjadi agak garaing selepas digoreng).
Masukkan pula bawang merah dan bila stok ayam tersebut mendidih, masukkan isi ayam / tulang dan sos ikan.
Renihkan selama 15 minit sehingga isi ayam tersebut benar-benar lembut.
Masukkan pula air asam jawa (jus lemon / limau nipis), gula, cendawan, tomato serta air limau nipis (jika perlu).
Rasa kuah tom yam tersebut dan sesuaikan dengan citarasa anda dengan menambah air limau nipis, sos ikan atau garam mengikut selera.
Taburkan dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan panas.
No comments:
Post a Comment