Tuesday, 13 September 2016

Ayam Varuval Berkerisik



Sumber resipi: jendeladapursurianti.blogspot / Resipi Kalaivani Vj (Memang terbaik, terima kasih)
Sedikit olahan semula dari Enak Rasa Dari Dapur Kim

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong kecil dan bersihkan) *
1 sb serbuk kunyit *
1 sb rempah kari Babas *
1 sk garam *
1" halia (ditumbuk halus) *
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus) * bahan-bahan bertanda * digaul rata, perap 1 jam kemudian digoreng garing. Ketepikan

Bahan-bahan A digoreng sebentar:
4 sb jintan manis biji, sangai dulu
10 tangkai cili kering (dipotong 3)
5 tangkai daun kari
1 labu bawang putih dihiris
Minyak secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak, goreng jintan manis sekejap, angkat.
Dengan minyak yang sama, goreng pula cili kering, bawang putih hiris dan daun kari sehingga wangi.
Angkat dan ketepikan

Bahan B untuk tumisan:
2 -3 biji bawang besar dihiris
2 biji tomato dipotong 8 (kalau besar guna 1 biji)
1/2" halia ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sb serbuk cili Babas
Garam secukupnya
Gula jika suka

Kerisik secukupnya

Caranya:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih yang ditumbuk halus dan buah tomato sehingga layu.
Masukkan cili serbuk (pesar dari tuan punya resepi asal supaya jangan letak air kerana ada air dari bawang).
Tambahkan garam secukup rasa. Masak hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan bahan A iaitu bahan yang kita goreng sebentar tadi.
Masukkan ayam dan kerisik secukupnya, kacau rata hingga sebati.
Boleh ditabur daun pudina atau daun ketumbar.
Ayam varuval rasanya seimbang pedas, manis dan masam.

Sambal Tauhu Berlada
Bahan-bahan:
Tauhu digoreng sehingga garing, angkat dan toskan, dah sejuk potong ikut suka.

Bahan-bahan sambal, ditumbuk kasar:
Cili merah
Cili api merah
Bawang merah kecil
Bawang putih
sedikit ikan bilis, rendam sebentar
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam
Gula jika suka

Caranya:
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak dan wangi.
Masukkan garam secukupnya dan kacau sebati.
Angkat dan tabur atas tauhu.




No comments:

Post a Comment