Tuesday, 13 September 2016

Nasi Lemak Sambal Sotong





Bahan-bahan nasi:
Beras basmathi dibasuh bersih dan rendamkan
Santan pekat secukupnya
Garam
Gula secubit
Halia dihiris / ketuk
Bawang putih dihiris / ketuk
Daun pandan

Caranya:
Masukkan santan, garam, gula, halia, bawang putih dan daun pandan kedalam periuk.
Kacau sentiasa, setelah hampir mendidih matikan api segera, jangan pecah minyak.
Masukkan beras yang dibersihkan tadi, kacau rata biarkan seketika tapi mesti dikacau sentiasa sebelum dimasukkan ke rice cooker.
Masakkan nasi seperti biasa.

Bahan-bahan Sambal Sotong Tanpa Belacan:
Sotong bersihkan dan potong ikut suka, kecutkan air dari sotong dikuali tanpa air, simpan air sotong
Cili kering *
Cili merah masak *
Bawang merah *
Bawang putih sedikit *
Halia sedikit *
Buah keras * bertanda di blend
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Sedikit air sotong
Sedikit air asam dan belacan jika suka

Caranya:
Masukkan minyak secukupnya untuk menumis bahan-bahan sambal sehingga harum.
Masukkan sedikit air sotong.
Masukkan sotong, garam dan gula secukupnya, kacau sebati.
Jangan dimasak terlalu lama nanti sotong liat.
Dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi lemak.




No comments:

Post a Comment